Mahasiswa USIM Johan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan
NILAI, 4 Ogos 2022- Najmi Adli Mustafa dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan. Beliau yang merupakan penuntut tahun satu, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan menganggap kemenangannya ini merupakan satu ‘kejutan’ buatnya kerana hampir kesemua peserta menampilkan persembahan yang baik. [...]