YBhg Prof Dr Roshada Hashim yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa pada 1 Disember 2016 bersyukur diberi peluang menggalas portfolio tersebut.

Pelantikan ini menjadikan beliau to be in the driving seat untuk menggerakkan bidang penyelidikan dan inovasi ke peringkat yang lebih tinggi dan mengatur perancangan selain turut menyimpan hasrat untuk meletakkan nama USIM di persada dunia.

Wawasannya yang jelas serta yakin menunjukkan bahawa USIM mempunyai potensi untuk menjadi sebuah universiti yang berperanan besar bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

S1Bagaimana YBhg Prof melihat pelantikan ini dalam perjalanan kerjaya Prof sebagai ahli akademik?

“Saya beranggapan kerjaya sebagai ahli akademik tidak semestinya ditamatkan dengan memegang satu jawatan itu sahaja. Sebenarnya kepuasan menjadi ahli akademik adalah apabila mendapat pengiktirafan di peringkat global dan tidak hanya relevan kepada USIM dan Malaysia sahaja”.

“Justeru, peranan penyelidik lebih berat di peringkat global kerana kita lihat pada masa kini segala perkembangan dan sumbangan bagi aspek sains teknologi dan sains sosial telah didominasi oleh pandangan-pandangan barat yang tidak mengambil kira pandangan dari aspek Islam”.

S2Apakah keunikan dan potensi yang ada pada bidang penyelidikan USIM?

“Di USIM uniknya adalah kita berupaya untuk menjalankan translational research iaitu penyelidikan yang boleh diguna pakai oleh komuniti dan masyarakat yang mempunyai nilai atau value tersendiri melalui integrasi Naqli dan Aqli serta memenuhi syariah Islam”.

“Yang menjadi kekangan adalah bagaimana hendak menggerakkan penyelidik di USIM untuk memikir ke arah itu supaya tidak mencakupi di aspek fundamental research atau applied itu sahaja. Tetapi perlu memikirkan suatu projek penyelidikan secara the whole value change. Sebab itu, mulai sekarang apabila kita launch the new strategic plan dan sebagainya ia akan berpaksikan maqasid syariah”.

“Lima elemen dalam maqasid syariah akan menjadi asas kepada penyelidikan yang USIM akan jalankan. Ia bermula dari bagaimana hubungan kita dengan Allah sehingga bagaimana kita gunakan penyelidikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat”.

“Secara keseluruhannya, keberkatan dapat dirasai dengan melihat pembangunan komuniti dan hasil penyelidikan yang disumbangkan itu membangun bersama secara tidak langsung memberi suatu kepuasan kepada para penyelidik”.

S3 Apakah aspek perkomersialan dalam penyelidikan dapat menjana pendapatan?

“Projek penyelidikan dan inovasi ini dapat menyumbang kepada penjanaan kewangan. “Money makes money”, kerana jika kita melaburkan dana yang mencukupi untuk sesuatu projek dan hasil itu suatu yang kukuh dan mantap ia suatu pelaburan yang berbaloi. Justeru, proses pembangunan penyelidikan memerlukan dana yang banyak kemudian boleh dikomersialkan”.

“USIM perlu menguatkan lagi dari segi consultancy atau perundingan dalam masa terdekat ini. Untuk menjadi perunding yang baik, USIM perlu membuat banyak penyelidikan yang baik. Isu-isu berkaitan pembangunan dan kos-kos pembangunan tidak terlibat tapi hanya menggunakan kesarjanaan seseorang penyelidik USIM”.

“Bagi masa yang terdekat ini, untuk penjanaan kewangan, USIM lebih tertumpu kepada perundingan termasuklah latihan-latihan yang kita lakukan. Kita mempunyai beberapa bidang penyelidikan yang kuat dan kukuh dalam memberi perundingan ini.

S4 Apakah isu dan cabaran kepada USIM untuk memastikan objektif penyelidikan USIM tercapai?

“75% pensyarah kita adalah muda dan mereka sangat bersemangat dan bermotivasi untuk membuat penyelidikan dan menjadi ahli akademik tetapi mereka mempunyai kekangan kewangan. Selain itu, mereka tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mendapatkan geran-geran yang besar. USIM juga tidak mempunyai ramai profesor yang boleh menjadi mentor yang baik kepada pensyarah-pensyarah muda kita. Walaupun kita mempunyai profesor, tetapi jumlahnya tidak seimbang. Itulah cabarannya dan kami masih memikirkan cara bagaimana untuk menangani isu ini. Oleh itu, kami akan mencari bantuan melalui profesor-profesor USIM. Sesetengah bidang tidak mempunyai masalah dalam membantu pensyarah kita dalam penyelidikan”.

“Cabarannya adalah bagaimana kita hendak meyakinkan bukan sahaja universiti-universiti tetapi juga institusi-institusi di luar negara seperti UNESCO bahawa apa yang kita lakukan ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi ianya releven untuk semua masyarakat”.

“Sebagai contoh, apabila kita klasifikasikan isu sebagai Sains Islam atau Islamic Banking, kita jenamakan ia sebagai satu produk berunsurkan islamik yang mana mempunyai di dalam nilai dan syariah Islam. Ia juga satu cabaran besar bagaimana untuk promosikan bidang penyelidikan dalam perspektif Islam”.

S5Apakah harapan Prof dalam bidang penyelidikan di USIM ini?

“Harapan saya dalam perkembangan penyelidikan di USIM ialah supaya pensyarah kita memainkan peranan mereka sebagai ahli akademik di universiti sebaiknya. Ini kerana di sebuah universiti lah, ilmu dijanakan dan disampaikan”.

“Akhir kata, university is the seat of knowledge. Universiti bukan saja tempat menyebarkan pengetahuan tetapi juga menjanakan pengetahuan dan ilmu. Malah, saya berharap supaya USIM menjadi tempat penjanaan ilmu yang berlandaskan maqasid syariah dan membawa barakah yang melimpah-limpah”.