NILAI, 17 Januari 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mendapat Anugerah Sijil Blue Ribbon yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kesihatan KKM YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah. Turut hadir sama Menteri Kesihatan Malaysia Y.B. Dato’ S.Subramaniam

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) USIM telah diberi mandat Pengurusan Universiti bagi melaksanakan Kempen USIM sebagai Kampus Larangan Rokok dan vaping secara meluas di seluruh kampus.

Banyak program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di USIM sepanjang tahun 2016-2017 bagi memastikan USIM sebagai Kampus Larangan merokok dan vaping antaranya ceramah kanser yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok yang diadakan setiap Rabu di PKU USIM.

Datuk Seri S.Subramaniam dalam ucapan beliau menyatakan bahawa jumlah perokok di Malaysia sekarang lebih kurang 24% ( 5 juta orang), dan 47% daripadanya adalah lelaki. Ini jumlah yang sangat besar dan membawa masalah kesihatan yang memerlukan kos yang besar. Yang lebih penting asap rokok ini juga membahayakan orang sekeliling yang bukan merokok (perokok pasif).

“Kerana itu usaha mengurangi jumlah perokok baik aktif dan fasif, kerajaan telah membuat berbagai aktiviti diantaranya menaikkan harga rokok, tidak boleh menjual rokok pakej kecil, memperluas tempat-tempat larangan merokok (termasuk rumah bebas rokok) dan lain-lain. Bagaimanapun usaha ini agar mendapatkan pencapaian yang diharapkan, kerajaan tidak boleh berkerja sendiri. Usaha-usaha ini perlu mendapat sokokngan banyak pihak. Oleh itu Kempen Blue Ribbon ini menggalakkan usaha semua pihak untuk memastikan premis mereka bebas asap rokok”.

“Kita ingin persekitaran dan udara yang bersih untuk semua. Untuk itu kita memerlukan kerjasama semua pihak dalam membangun budaya ini. Kita berharap dengan pengiktirafan premis yang komited melaksanakan kempen Blue Ribbon ini, akan membawa perubahan sikap mesyarakat dan individu dalam membanteras kebiasaan merokok di kalangan masyarakat”, jelas Datuk Seri S. Subramaniam.

Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib canselor turut mencadangkan  aktiviti bagi tahun 2018 bagi memastikan USIM betul 100% bebas asap rokok dan vape antaranya memperbanyak “Tanda larangan merokok”, memperkasakan penguatkuasaan larangan merokok dengan mengeluarkan kompaun bagi yang merokok di dalam USIM, menaikkan bayaran kompaun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kempen kesedaran tidak merokok, berhenti merokok dengan berkolaborasi dengan pihak-pihak yang boleh memberikan impak kesadaran tidak merokok yang tinggi.

Merujuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 memutuskan bahawa ”Merokok adalah Haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”. Mufti Wilayah Persekutuan di dalam Irsyad Fatwa Ke-63 juga telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik (vapor) hukumnya adalah haram kerana ia qiyas kepada rokok dan ia memudharatkan serta dianggap sebagai pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.

 

Disediakan oleh:
Dr. Gusta Viva Rina
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204