96 Peserta Tempatan dan Antarabangsa hadiri Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2019
BANGI, 20 Ogos 2019–Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membangunkan negara, bangsa, dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Menyedari hakikat ini, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM sebagai tuan rumah kali ini, dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa [...]









