Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS) USIM mendapat pengiktirafan penuh LKPU
NILAI, 6 Jun 2021 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS). Pengiktirafan penuh ini membolehkan graduan SMUS dikecualikan daripada menduduki dan lulus Certificate of Legal Practice (CLP) [...]









