Azka Corner@USIM sebagai ruang bacaan mengenai zakat

NILAI, 4 Ogos 2022- Akademi Zakat (AZKA), Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah memberi sumbangan untuk menaiktaraf beberapa ruang yang dinamakan sebagai AZKA Corner dan menyumbangkan buku-buku penerbitan AZKA dan PPZ serta penerbit tersohor yang lain bagi pengisian AZKA Corner sebagai bahan bacaan untuk para pelajar dan orang awam. AZKA Corner [...]

162 Staf USIM di rai pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2021

NILAI, 4 Ogos 2022 - Sesebuah universiti yang gah berdiri sudah pastinya mempunyai ‘tulang belakang’ yang menggerakkannya. Bagi menghargai jasa kakitangan yang telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2021 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor. Seramai 137 staf dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta [...]

USIM Buka Peluang Kemasukan ke Program Sarjana Muda Melalui Mod B40

NILAI, 3 Ogos 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 (kategori pendapatan isi rumah di bawah RM 4850) bagi memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM. Pengarah di Pusat Pemasaran dan Kemasukan [...]

Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022, uji kreativiti bangun e-Gamifikasi

NILAI, 4 Ogos 2022 - Dalam usaha memperkasakan inovasi e-pembelajaran, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergerak proaktif dengan menganjurkan Minecraft Kampus Barakah Challenge 2022 (MKBC’22) dengan penyertaan 12 pasukan dari pelbagai fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj). Sebanyak 3 pasukan telah berentap di peringkat akhir dengan menyaksikan Pasukan Cyber Squad dari Fakulti Sains dan Teknologi telah [...]

Inkubator Kobun Pokan USIM, Bursa Malaysia Taja Set Hidroponik Kepada 50 Keluarga PPR Intan Baiduri

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2022 - Bertepatan dengan slogan ‘University for Society-U4S” yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) menyahut saranan dengan menganjurkan Program Inkubator Kobun Pokan di Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong Utara Kuala Lumpur. Sejumlah 50 set lengkap hidroponik kobun [...]

USIM Tawarkan 1326 Tempat Kepada Pelajar Lepasan SPM ke Tamhidi

NILAI, 22 Julai 2022– Semakan keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Tamhidi USIM yang dikeluarkan bermula hari ini menunjukkan USIM menawarkan sebanyak 1326 tempat bagi Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023. Penawaran sebanyak 1326 tempat itu merujuk kepada empat buah program Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (380 orang), Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (365 orang), [...]

Gugusan A Juara Keseluruhan Sukan Antara Jabatan

NILAI, 22 Julai 2022- Gugusan A( Abu Bakar As-Siddiq) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Antara Jabatan yang berlangsung 18 hingga 22 Julai 2022 baru-baru ini. Sebanyak 25 emas, 7 perak dan 7 pingat gangsa berjaya di raih oleh para atlit dari kalangan staf pentadbiran dan akademik yang bertanding dalam 18 acara sukan mengikut kategori [...]

USIM dan JKKN Lancar Buku Monograf Budaya di Istana Budaya

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – Sebuah buku yang memuatkan buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air berjudul Monograf Budaya ”Sembang Bukan Gebang” telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail bertempat di Istana Budaya. Buku berjudul ‘Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang’ adalah terbitan secara kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Sains [...]

Bencana Banjir Baling, USIM Hantar Bantuan Sukarelawan

NILAI, 6 JULAI 2022  – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya yang terdiri daripada 15 orang kakitangan dan pelajar ke Baling, Kedah bagi membantu mangsa banjir di enam buah kampung di Baling. Kampung-kampung yang terlibat dalam misi bantuan tersebut adalah Kampung Padang Dan, Kampung Iboi, Kampung Bok bak, Kampung Sadek, Kampung [...]

USIM Cakna Isu Kenaikan Harga Barang, Salur Perkhidmatan Kebajikan

NILAI, 5 Julai 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat mengambil berat dan prihatin dengan pelajar berkeperluan yang memerlukan bantuan selaras dengan isu kenaikan harga barang dan keadaan hidup yang mendesak melalui penyediaan bantuan makanan dan program kebajikan. Menurut Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM bergerak untuk [...]

Go to Top