Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat USIM

NILAI, 13 Ogos 2021- Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dianjurkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting, juga dapat dicapai melalui Facebook USIMTV dan juga saluran Youtube USIMTV. Bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, program anjuran Pusat Islam dan  Badan Kebajikan Kakitangan USIM ini membawakan pengisian rohani maal hijrah yang disampaikan [...]

USIM bina jaringan kukuh, memperkasa Institusi Alumni

NILAI,  9 Ogos 2021 - Penglibatan alumni bersama alma mater adalah signifikan dalam usaha membina jaringan kukuh, menyokong dan memberi sumbangan untuk sama-sama mengembangkan pembangunan universiti agar mereka boleh dijadikan sebagai role-model kepada para mahasiswa. Penganjuran Sambutan Hari Alumni dilihat sebagai simbol manifestasi usaha memperkasakan institusi Alumni agar relevan dengan perkembangan semasa, juga bagi meraikan [...]

USIM lancar Muslim Teachers’ Guide, Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Konsep Pendidikan Islam Prasekolah

NILAI, 6 Ogos 2021 - Selari dengan misi dan visi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat, satu Aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam Prasekolah oleh Al-Ghazali dan Nasih Ulwan iaitu Muslim Teachers’ Guide telah dibangunkan bertujuan untuk melahirkan generasi Rabbani. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan secara [...]

Pelajar Baharu Program Tamhidi USIM sesi Akademik 2021/2022 jalani taaruf secara dalam talian

NILAI, 4 Ogos 2021 - Seramai 921 orang pelajar baharu Program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjalani sesi Taaruf secara dalam talian mulai 5 hingga 8 Ogos 2021. Pelajar baharu Program Tamhidi ini telah mula mendaftar secara dalam talian bermula 1 hingga 3 Ogos 2021. Sebanyak empat program yang ditawarkan [...]

Alumni USIM rai Hari Alumni pada 9 Ogos ini

NILAI, 3 Ogos 2021 - Sehingga Majlis Konvokesyen ke 18 pada bulan April 2021 yang lepas, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melahirkan seramai 25,269 alumni dari peringkat Sarjana Muda dan juga Siswazah. USIM melihat peranan alumni amat strategik bagi membantu Universiti pada masa hadapan. Ini kerana alumni merupakan sumber masa depan jangka panjang kerana [...]

SCIROSH Pemacu Usaha Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di USIM

NILAI, 31 Julai 2021 -  Tahun 2021 melakar satu lagi sejarah baru kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baru telah diwujudkan di USIM setelah usul penubuhannya diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada Disember tahun lalu. PTj yang pada mulanya dinamakan Bahagian Pengurusan Risiko & Integriti, Pematuhan Syariah dan Keselamatan Pekerjaan [...]

USIM salur sumbangan, hargai jasa petugas sukarelawan terkesan Covid-19

NILAI, 29 Julai 2021  – Universiti Sains Islam Malaysia melalui Pusat Islam USIM serta Jawatankuasa Sukarelawan (Bukan Kesihatan), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM menzahirkan keprihatinan kepada petugas sukarelawan dalam dan luar USIM yang terkesan dengan Covid-19. Inisiatif ini merupakan satu bentuk penghargaan atas komitmen mereka dalam memastikan proses pemberian vaksin di PPV ini [...]

USIM Hantar Pulang Pelajar Mulai 27 Julai 2021

NILAI, 27 Julai 2021  – Seramai 555 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berada di kampus terlibat dengan Program Pergerakan Pulang Pelajar sempena cuti semester, sesi akademik 2020/2021 bermula hari ini. Pergerakan pulang pelajar ini adalah berdasarkan kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 9 Julai 2021. Daripada jumlah [...]

USIM bakal terima 1654 pelajar baharu program Tamhidi Sesi Akademik 2021/2022

NILAI, 21 Julai 2021 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menawarkan sebanyak 1654 tempat kepada calon lepasan SPM ke program Tamhidi bagi Sesi Akademik 2021/2022. Pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian yang dijangka akan bermula pada 1 hingga 3 Ogos 2021 itu turut melibatkan 2 pelajar OKU, sorang pelajar bukan warganegara dan 20 pelajar bukan bumiputera. [...]

ICIMAC 2021- Peranan Komunikasi dan Media Dalam Era Pandemik

NILAI, 10 Julai 2021- Seiring dengan perkembangan teknologi, media sosial antara medium yang popular dan mudah dicapai bagi msyarakat seluruh negara menyampaikan maklumat, berinteraksi dan sebagainya. Namun, disebalik kelebihannya, terdapat kelemahan atas penyalahgunaan media sosial ini. Sebagai contoh perkataan viral atau tular sangat sinonim dengan masyarakat masa kini khususnya dalam media sosial. Ia seringkali disalah [...]

Go to Top