Mewujudkan suasana berbahasa Arab

Sekadar pemerhatian, saya masih belum mendapati mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden mahupun tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa melayu baik di dalam kelas mahupun di luar. Saya melihat ini [...]

By |2018-12-13T17:47:40+08:00Disember 13th, 2018|In our words|

Adakah salah menabung dengan permainan ’kutu’?

Mutakhir ini, permainan kutu  semakin bergiat aktif di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Permainan kutu ini didefinisikan sebagai satu permainan yang menggunakan wang untuk menabung secara berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan perlu membuat undian untuk menentukan giliran mereka mendapatkan wang. Setiap permainan kutu yang dijalankan diketuai oleh [...]

By |2018-12-11T13:19:20+08:00Disember 11th, 2018|In our words|

Apakah status forex menurut islam?

Pada zaman era ICT ini, ramai pengguna masa kini menceburi pelaburan melalui sistem online terutamanya dalam pelaburan forex. Apakah itu forex? Forex pada dasarnya merupakan gabungan dari dua kata dalam bahasa inggeris iaitu “foreign” dan “exchange”. Foreign bermakna “asing” atau “luar negeri” sedangkan Exchange bermakna sebagai “pertukaran”, dalam [...]

By |2018-12-11T12:42:41+08:00Disember 11th, 2018|In our words|

Kenali & Cintai Ilmu Hadis!

Antara cabaran utama para pelajar yang berminat untuk menerokai ilmu hadis ialah bahasa arab yang sangat penting untuk menguasai ilmu hadis baik dari sudut riwayah (periwayatan sanad) atau dirayah (kefahaman teks). Ini kerana hadis sendiri berasal dari bahasa arab, dan rujukan-rujukan medan ini juga dalam bahasa arab. Saya beranggapan kebanyakan [...]

By |2018-12-10T12:17:39+08:00Disember 10th, 2018|In our words|

Kaedah P2P wajar diperhalusi

Dalam belanjawan 2019 yang lepas, kerajaan ingin memberikan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan B40 yang ingin membeli rumah pertama dengan kaedah P2P. P2P adalah suatu mekanisme di mana pembeli perlu mengeluarkan 20% daripada harga rumah dan bakinya iaitu 80% akan disumbang oleh pelabur. Pembeli tidak perlu untuk membayar [...]

By |2018-12-24T10:01:00+08:00November 6th, 2018|In our words|

Bersangka baiklah kepada Allah!

Ulama ada berkata husnul zon (bersangka baik ) kepada Allah SWT akan membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Itulah kaedah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita.  Allah SWT akan memberikan seperti mana seseorang itu bersangka dengan Allah Azza Wajalla. Setiap kali bangun pagi amalkan menyebut dalam hati "in sya Allah hari ini Allah [...]

By |2019-07-31T17:38:24+08:00Oktober 31st, 2018|In our words|

Fiqh kewarganegaraan manhaj Malaysia pemangkin perpaduan Nasional- Prof Madya Dr Zulkifli Hasan

Dalam konteks negara bangsa, dunia moden bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai fiqh al-muwatanah atau fiqh kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh. Fiqh al-muwatanah adalah sebahagian daripada fiqh siyasah yang terbuka kepada ijtihad dan ruang untuk berwacana. Hubungan sesama warganegara perlu diberikan dimensi baru yang lebih segar khususnya [...]

By |2018-10-25T11:38:03+08:00Oktober 25th, 2018|In our words|

Ajaibnya istighfar

Saya mulakan dengan sebuah cerita yang berlaku pada zaman Imam Ahmad Bin Hanbal, yang merupakan anak murid kepada Imam Syafie. Diceritakan perihal imam Ahmad bin hanbal ketika di akhir usianya, beliau berasa ingin sangat untuk pergi ke sebuah kota di Iraq. Beliau pun memulakan perjalanan, ketika sampai di kota tersebut, [...]

By |2018-09-28T16:08:45+08:00September 28th, 2018|In our words|

Hilangnya erti kemerdekaan kanak-kanak mangsa penderaan

Kita biasa mendengar orang bijak pandai mengatakan bahawa anak-anak kecil itu umpama sehelai kain putih. Terserah kepada kebijaksanaan ibu bapanya untuk mencorakkan ia dengan sewajarnya. Untuk itu ibu bapa memegang tanggungjawab yang berat untuk memastikan perkembangan dan kemandirian anak-anak mereka agar seimbang dari aspek fizikal, emosi, rohani dan intelek. Fungsi [...]

By |2018-08-27T11:30:38+08:00Ogos 27th, 2018|In our words|

Menyelami potensi Koperasi Kampung

Kampung sering didefinisikan sebagai kawasan luar bandar yang rutin dengan aktiviti atau kerja kampung seperti bercucuk-tanam, menangkap ikan, mencari hasil hutan dan sebagainya. Namun begitu, dewasa ini, kampung juga telah mula maju setapak dengan kewujudan koperasi kampung yang diusahakan oleh penduduk kampung. Koperasi bertujuan menerapkan nilai-nilai kesatuan kerja dalam kumpulan [...]

By |2018-09-28T15:51:42+08:00Ogos 27th, 2018|In our words|
Go to Top