Port Dickson, 27 Mac 2009 – Unit Pembangunan USIM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kampus USIM RMK-10 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg.Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengumpul maklumat bagi merangka dan merancang cadangan projek pembangunan kampus USIM dalam Rancangan Malaysia ke-10. Turut hadir En. Zulkifli Alias, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028