CYBERJAYA, 25 OKT 2015 – Seramai 27 orang pelajar Seni Bina Fakulti Sains dan Teknologi USIM menyertai PAM Annual Architecture Student Workshop 2015 yang berlangsung di Limkokwing Creative University pada 22 hingga 25 Oktober 2015.

Bengkel ini merupakan tahun ke 27 dianjurkan dan tema pada kali ini adalah “Future is Now”. Ia merupakan satu platform bagi pelajar-pelajar Seni Bina mengenali antara satu sama lain disamping bertukar-tukar pandangan terutama dalam program-program kerja berkumpulan yang telah ditetapkan. Disamping itu, beberapa siri syarahan oleh Arkitek Profesional terkenal turut membantu dengan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai suasana dan cabaran profesion arkitek masa kini dan akan datang.

Selain itu, turut diadakan pertandingan cabaran kreatif  dimana peserta Seni Bina USIM meraih tempat ketiga dalam pertandingan Persembahan Kreatif yang disertai oleh 18 penyertaan dari IPTA dan IPTS di Malaysia.

Disediakan oleh:

Pelajar Seni Bina USIM

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204