NILAI, 13 Jun – Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting serta perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antarabangsa.
Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan para pelajar, pihak Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan program “Mentor Menti” bagi membantu para pelajar FSU untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
”Program ini mampu untuk memberi bimbingan serta bantuan yang bersifat kondusif, bersistematik dan penuh rasa tangungjawab oleh pensyarah yang dilantik sebagai mentor (pembimbing) untuk membimbing para pelajar. Program Mentor Menti ini diharapkan boleh membantu pelajar – pelajar melalui satu pendekatan yang sesuai dalam usaha memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan mereka” ulasnya lagi.
Program ini akan berlansung sepanjang semester pengajian bagi memastikan pelajar terus mendapat bimbingan berterusan dengan kumpulan awal difokuskan kepada pelajar Program Syariah dan Undang-undang (SMSU) dan Program Fiqh dan Fatwa (SMFF).
Tidak dinafikan lagi pengunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di zaman tanpa sempadan ini adalah penting terutamanya bagi para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum mereka melangkah ke dunia luar.
Penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang baik adalah penting kepada para pelajar bagi memastikan para pelajar dapat bersaing di alam pekerjaan kelak. Menurut kajian, secara realitinya kebanyakan para majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan diantara bahasa yang paling penting didalam pertimbangan mereka ialah Bahasa Inggeris.
Disediakan oleh :
Dr. Muzafar Syah Mallow
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang (FSU)
Disunting oleh :
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)