NILAI, 26 Oktober 2019 – DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli ke Kejohanan Golf Amal Piala Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Padang Golf di Kota Serimas, Enstek.

Penganjuran kali ke-4 ini telah disertai seramai lebih 50 penyertaan bertujuan mengeratkan hubungan antara USIM dan badan-badan korporat.

“USIM menyokong penuh penganjuran program seperti ini yg dapat menyumbang kepada pembangunan USIM. Ia bagi mengumpul dana Tabung Amanah Kebajikan Atlet USIM seperti membiayai kos rawatan perubatan bagi atlet yang mengalami kecederaan pada masa yang sama sebagai satu usaha berterusan untuk pembangunan sukan di USIM,” ucap YBhg Prof Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani.

DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan menyampaikan hadiah kepda pemenang yang mendapat 38 skor iaitu tempat pertama, En Md Nasir Hanafiah handicap 6, tempat kedua dimenangi oleh En Roslan Sahim dengan handicap 7, Noor Haslizan Che Hamid dengan handicap 8.

Program yang dianjurkan Pusat Sukan USIM turut dihadiri oleh Dato Mohd Haizuan Rozali, Pendaftar USIM, En Mizan Masran, Pengurus Besar Bank Islam Malaysia Berhad dan Pengarah Pusat Sukan, En Hamran Husin mendapat kerjasama tajaan daripada Bank Islam, Unit Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato T Mohan dan Syarikat Rahman Enterprise.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan