NILAI, 11 Februari 2022 – Sebagai tanda keprihatinan terhadap warganya yang terkesan dengan musibah dan ujian yang sedang dialami, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diurus setiakan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dan Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan al-Abrar kepada Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) dan Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih dan juga warganya yang terkesan banjir baru-baru ini.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

“Pihak USIM telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,000.00 masing-masing untuk “Program Bantuan Khas Keluarga Ibu Tunggal Asnaf Pasca COVID 19” oleh Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih, dan juga untuk pembiayaan pesakit kanser kanak-kanak yang diuruskan oleh CAKNE melalui portal crowdfunding, jominfaq.usim.edu.my yang telah dilancarkan pada 2020 lepas”.

“Manakala PWZ akan menyumbang bantuan sebanyak RM200.00 kepada setiap pelajar untuk membantu meringankan beban kerugian disebabkan banjir”, ujarnya lagi.

Selain itu,  PWZ dan BKKUSIM  turut menyerahkan sebuah kereta kepada seorang staf kurang upaya iaitu En. Ishtiaq, pembantu perawatan kesihatan kanan di FPSK untuk kegunaan harian beliau bagi memudahkan urusan berulang-alik ke tempat kerja.

 

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan