NILAI, 13 Nov – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menghantar pasukan teater universiti melalui skrip Nyanyian Maut untuk menyertai pertandingan teater yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini.

Kumpulan yang diberi nama ATRA ini merupakan Urus Setia Kesenian Pelajar Pusat Kebudayaan USIM. Mendapat bimbingan Eliza Mustafa salah seorang tenaga pengajar di ASWARA, manakala karya teater dihasilkan sepenuhnya oleh Tewfik Al-Hakim.

Menurut Azizul Azhar pengarah Nyanyian Maut skrip yang diambil merupakan hasil daripada perbincangan ahli kumpulan teater sendiri, dan skrip Nyanyian Maut telah dipilih walaupun mempunyai cabaran yang berat dalam melakonkan watak yang penuh dengan emosi.”

Menjalani latihan selama hampir 2 minggu lalu, watak utama Nyanyian Maut telah dimainkan oleh Nadzirah yang memegang watak sebagai Asakir. Manakala watak sampingan dilakonkan oleh Azizul Azhar sebagai Alwan, Liyana sebagai Mabrouka dan Husaini sebagai Sumeida.

Nyanyian Maut mengisahkan penantian seorang ibu (Asakir) yang menunggu kepulangan anaknya (Alwan) selepas 17 tahun tetapi kepulangan anaknya itu atas sebab dan tujuan tersendiri. Alwan telah menjadi harapan untuk menuntut bela atas kematian arwah bapanya yang dikatakan berpunca dari pergaduhan antara keluarga Suweilam Tahawi dan keluarga Azizi.

Seramai 30 peserta yang terlibat sepenuhnya untuk menjayakan pertandingan tersebut yang diadakan di Universiti Malaya(UM). Selain USIM, antara IPTA lain yang terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), dan Universiti Malaysia (UM) yang mewakili zon tengah.

Disediakan Oleh:

EB: Nur Afiradina Arshad

Dikemaskini oleh :

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204