Nilai, 23 Mac 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima lawatan dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kajian Saintifik Jordan. Objektif lawatan ini adalah untuk membuat penilaian ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia yang telah mengemukakan dokumen permohonan pengiktirafan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Jordan sebelum ini.

Lawatan ini diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Turkey Ubaidat, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Jordan dan Cik Suha Abdul Rahman, Ketua Ahli Lembaga Akreditasi Pusat, Jordan.

USIM telah membentangkan maklumat institusi seperti program dan kursus yang ditawarkan serta halatuju dan matlamat USIM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan minum petang.

Oleh :
pro@usim.edu.my
06-7988025/8026