Nilai, 11 Mei 2009 – Pada isnin baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera dan lafaz ikrar kontingen USIM yang akan menyertai Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Dataran Canselori. Majlis tersebut yang telah di hadiri oleh Y.Bhg Dato’ Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada para atlit yang akan menggalas cabaran USIM sebagai duta kecil ke temasya terbesar di peringkat IPT.

Pada temasya sukan MASUM 2009 di Universiti Utara Malaysia  ini, USIM bakal menghantar seramai 280 orang atlit dan pegawai yang bakal menyertai acara seperti, badminton, ping pong, bola tampar, boling padang, tenpin boling, sepak takraw, silat olahraga, taekwondo, futsal, tenis, catur, kayak dan mendayung dari 15 hingga 28 mei ini.

Sementara itu, pasukan bola sepak akan menyertai kejohanan MASUM Uni League di UUM dan UiTM Sitiawan sementara  bola jaring akan menyertai karnival bola jaring di Universiti Malaya.

Semoga wira dan wira wati USIM akan cekal mengharungi cabaran dan menggangkat martabat USIM di persada sukan tanah air.

Oleh :

Pusat Sukan USIM