NILAI, 18 Jun 2020 – Tanggal 18 Jun 2020 genaplah usia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ke 20 tahun penubuhannya. Bersempena tarikh ini satu majlis ringkas potong kek diadakan di Pejabat Naib Canselor yang dihadiri oleh wakil Pusat Tanggungjawab dan beberapa alumni terawal ketika itu. Pelbagai program telah dirancang seawal 6 bulan bagi meraikan hari bersejarah tersebut, namun bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dihentikan program yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.
Ucapan ringkas Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, kita lihat dari segi pencapaian USIM sepanjang 20 tahun ini amat membanggakan, dan berharap warga USIM akan membawa USIM kepada satu tahap yang memberi makna kepada pemegang taruh dan masyarakat di luar sana.
”Apa yang penting adalah mengekalkan institusi ini dengan menjangkakan perubahan yang akan berlaku selepas 30 tahun nanti. Kita sama-samalah saling bantu membantu dan ambil peluang yang berada di depan mata tanpa berlengah”, tambah Prof Ridza lagi.
Mengimbau kembali pada tarikh keramat ini seramai 255 orang pelajar mendaftar masuk sebagai pelajar sulung USIM.
Kini, USIM telah melahirkan seramai 22, 634 alumni dengan pecahan 20,471 graduan peringkat Sarjana Muda dan 2,163 graduan peringkat Siswazah yang kini berkhidmat di pelbagai sektor dan industri di dalam dan luar negara.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan