Mohd Nur Amir Arsyad Bin Basri, pelajar tahun 3, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Anak jati dari Muar, Johor ini merupakan Ketua Kontingen Memanah USIM pada Karnival Sukan MASUM 2023.

Mula berminat dengan sukan memanah sejak tingkatan tiga di bangku sekolah lagi. Beliau mendapat galakkan daripada bapa saudara yang mendedahkannya untuk belajar memanah kerana merupakan salah satu sukan Sunnah yang baik untuk diceburi. Dengan mempelajari memanah juga mendidik kita menjadi lebih berdisiplin, peka, dan menjadikan penglihatan kita lebih tajam.

Anak bongsu daripada dua adik beradik ini berkata, “Saya berasa sangat gementar kerana MASUM kali ini adalah edisi kedua yang telah saya sertai, jadi saya sangat mengharapkan yang terbaik untuk kali ini”.

“Saya berharap dalam kejohanan MASUM kali ini saya dapat melakukan yang terbaik dan mampu memecahkan rekod terdahulu serta mampu mencuri sekurang-kurangnya 1 pingat dalam MASUM kali ini” katanya.

 

Disediakan oleh:
Nurliyana Norazman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan