Muhammad Danial Hakim Muhamad Atefi, pelajar Sarjana Muda Sains Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Pada cuti semester kebiasaannya beliau akan membantu bapa untuk membuat rekaan surau di kawasan kampung atau membuat poster perniagaan untuk kenalan atau ahli keluarga, tetapi pada kali ini beliau memilih untuk menyertai sukarelawan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia 2023 (MASUM) sebagai Sekeretriat Teknikal yang bakal berlangsung sehingga 20 Ogos ini.

Penglibatannya dalam penganjuran MASUM ini sedikit sebanyak memberi satu pengalaman baharu dalam kehidupannya sebagai seorah mahasiswa selain dapat menambah kenalan bersama mahasiswa dan staf yang turut sama-sama bertugas.

Beliau berkata, “pada masa ini merupakan ruang yang terbaik untuk saya bergaul dan bertukar-tukar pengalaman sesama mahasiswa universiti lain serta berpeluang mengenali lebih rapat staf di USIM.”

Perasaan beliau sangat teruja kerana berpeluang menyumbang tenaga untuk USIM selain memperoleh kepuasan serta pengalaman yang lebih pada cuti semester pada kali ini.

 

Disediakan oleh:
Azura Ahmad
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan