NILAI, 4 Disember 2021- Sukan adalah salah satu aktiviti riadah ataupun aktiviti fizikal yang memerlukan kemahiran dan peraturan tertentu. Sukan juga bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara namun ianya boleh menyihatkan tubuh badan serta memupuk semangat kerja berpasukan dan setiakawan yang sihat. Seterusnya aktiviti sebegini akan menggalakkan warga kampus di universiti terutamanya pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan riadah, selain melakukan aktivti pembelajaran di dalam kuliah. Ia juga memupuk semangat membudayakan sukan untuk kesihatan.

Melalui tagline “USIM Cergas dan Cerdas”, program Bakat Baru Sukan ‘Newbie Open Day’ yang diterajui oleh Pusat Sukan telah diadakan sebagai platform untuk pemilihan pelapis dan bakat baru sukan dari kalangan pelajar. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, Objektif utama program ini yang diadakan setiap tahun selepas kemasukan pelajar baru (Tamhidi) dan sarjana muda adalah sebagai medan untuk mencungkil bakat pelajar sebagai atlit untuk mewakili USIM di kejohanan sukan peringkat MASUM, IPT, negeri dan negara.

“Dalam konteks islam, sukan atau riadah amat digalakkan. Adalah menjadi harapan saya agar program ini dapat mengenalpasti bakat dan kemahiran sukan serta kepimpinan pelajar yang mampu membawa imej yang positif terhadap perkembangan aktiviti luar bilik kuliah di kampus” ujarnya.

Seramai lebih 50 peserta yang turun padang untuk mengambil bahagian. dan acara yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola baling bola jaring, bola tampar, futsal, ping pong, catur, memanah, petanque, sepak takraw, bola keranjang, ragbi sentuh dan olahraga. Manakala acara pertunjukan adalah lawn bowls, silat, taekwondo, frisbee dan tenis.

Turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan para peserta juga dapat menikmati minuman yakult secara percuma.

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan