USIM Tersenarai Dalam Ranking Universiti Dunia

By |2020-06-12T07:32:33+08:00June 9th, 2020|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

NILAI, 9 Jun 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali pertama menyerti penarafan QS Stars  Rating  yang  dianjurkan  oleh  QS  Quacquarelli  Symonds  (QS)  di  mana  ia merupakan  satu  penarafan  kualiti  akademik  universiti  yang  bertaraf  antarabangsa. Pengumpulan data telah diserahkan kepada QS Intelligence Unit pada Oktober 2019 dan hasil daripada penilaian yang dijalankan oleh QSI, USIM telah dianugerahkan 3 bintang secara keseluruhan untuk tahun 2020.

Menurut Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan  Antarabangsa), USIM  telah  menunjukkkan  kecemerlangan  dalam  4 kategori  utama  iaitu  kemudahan  (facilities)  dengan  penganugerahan  5  bintang.  Ini membuktikan kampus USIM mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang kondusif. Penganugerahan  cemerlang  4  bintang  bagi  3  kategori  iaitu  pengajaran  (teaching), kebolehpasaran graduan (employability) dan keterangkuman (inclusiveness).

“Ini  juga  membuktikan  USIM  adalah  sebuah  universiti  yang  mementingkan  kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi dan relevan dengan pasaran kerja. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik di kalangan semua jabatan dan fakulti di USIM dalam memastikan kualiti berterusan dengan penarafan QS Stars Rating”.

Menurut Prof Rahim lagi, USIM juga telah berjaya mencapai kedudukan 501-550 bagi QS Asia University Rankings 2020 yang secara lansung menempatkan USIM sebaris dengan  institusi  pendidikan  terkemuka  di  Asia.  Penganugerahan  di  dalam  sistem penarafan  bertaraf  dunia  memberi  peluang  kepda  USIM  untuk  membina  reputasi sebagai universiti yang unggul serta mempromosi USIM pada peringkat nasional dan global.

Pengiktirafan itu dibuat oleh QS Intelligence Unit iaitu sebuah organisasi pengauditan universiti antarabangsa melalui QS World Ranking yang berpusat di London.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

 

Go to Top