NILAI, 1 Mei 2021 – Program Infaq Ramadhan diteruskan dengan menyantuni warga emas yang tinggal sendirian di dalam daerah sepang dan penghuni Rumah Kebajikan Darul Ukhwah, Puchong.

Program inisiatif USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) ini diharap dapat membantu berkongsi meringankan sedikit beban yang ditanggung serta dapat mengembirakan penerima yang terdiri daripada warga emas yang tinggal sendirian, serta pesakit HIV yang menghuni rumah kebajikan Darul Ukhwah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UTHSB, En Mohammad Noorizzuddin Bin Dato (Dr) Hj Nooh program ini merupakan kali ke 10 dianjurkan. Program ini telah menyantuni 70 buah keluaraga warga emas yang tinggal sendirian di daerah Sepang dan sebuah rumah kebajikan, Darul Ukhwah yang menguruskan penjagaan dan pemuliharaan pesakit HIV muslim yang bertempat di Puchong.

Wakil penghuni Rumah Kebajikan Darul Ukhwah menyatakan kesyukurannya apabila rombongan dari UTHSB tiba dengan membawa hampir 200 set pampers dewasa, bantal, kain pelikat dan sarung tangan getah yang memang sangat diperlukan oleh penghuni rumah tersebut.

Program ini juga dijayakan oleh penyumbang yang terdiri kakitangan USIM, individu dan syarikat lain m nkyang berbesar hati untuk bersama-sama membantu kumpulan masyarakat yang memerlukan.

Menurut Encik Mohammad Noorizzuddin lagi, penganjuran program ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan semasa umat Islam bergembira menyambut puasa dan seterusnya hari raya aidilfitri nanti.

 

Disediakan oleh:
USIM Tijarah Holding
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

 

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)