I-TALK PISKEB: BANTU GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
NILAI – Kesedaran untuk membantu pelajar kelainan upaya memberi inspirasi kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang diberi nama I-Talk PISKEB. Ia merupakan satu perisian bahan bantu mengajar (BBM) dalam bidang Pendidikan Islam yang dibangunkan khusus bagi kegunaan murid berkeperluan khas masalah penglihatan (MBK MaL). Projek pembangunan perisian [...]