SALUR BANTUAN KHAS PELAJAR MANGSA KEBAKARAN
NILAI, 13 JULAI 2016 – Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh 10 pelajar mangsa kebakaran selain bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila menerima bantuan sumbangan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta beberapa pihak prihatin di Majlis Penyampaian Sumbangan Kewangan bertempat di Surau Taman Desa Anggerik semalam. Rumah sewa pelajar yang terbakar pada 9 Julai [...]