Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 tarik lebih 1000 pengunjung
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) baru-baru ini menganjurkan Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Kerjasama dengan PERKESO khususnya MYFutureJobs ini merupakan kali ke-3 diadakan setelah penganjuran bersama pada tahun 2021 diadakan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19, [...]









