NILAI- 12 Februari 2020 – Mahasiswa harini berpeluang merebut sebanyak mungkin peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi demi mencipta masa depan lebih gemilang. Begitu juga bagi pekerja sektor awam dan swasta tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang bekerja sambil belajar untuk memenuhi matlamat dan impian dalam menaikkan taraf pendidikan mereka.
Bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), terdapat pelbagai program pengajian yang ditawarkan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Baru-baru ini, USIM telah menerima sebanyak 38 orang yang mendaftar masuk untuk program Sarjana dan 14 orang di peringkat PhD. Daripada jumlah tersebut, 12 darinya adalah dari negara Libya, Yaman, Indonesia dan Palestin.



”Saya suka dengan sesuatu yang baharu dan mencabar oleh kerana itu saya memilih USIM kerana makmal dan instrumen baru yang terdapat di USIM. Saya berharap dapat menghabiskan pengajian Doktor Falsafah Sains dan Teknologi dgn cemerlang untuk berkhidmat kepada masyarakat”, Nurul Hana Binti Mas’od.
Turut mendaftar pada hari tersebut 55 pelajar baharu Sarjana Muda ambilan USIM yang dibuka pada bulan Februari bagi kategori STAM/STPM/ Matrikulasi dan Dilpoma yang tidak melalui permohonan di UPU.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan



