USIM MELAKAR KECEMERLANGAN DI USIA 10 TAHUN

Nilai, 28 Oktober 2009 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhasrat untuk berdiri sama gagah sebagai sebuah universiti bertaraf APEX dalam masa 10 tahun akan datang. “Kearah itu, program-program pembangunan insaniah menjadi keutamaan universiti yang digabung jalin serta digarap dalam perkembangan dan kemajuan akademik pelajar”, kata Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Nor, [...]

By |2016-10-20T08:56:00+08:00August 29th, 2009|Campus News, News|

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA LPU USIM

Nilai, 25 Ogos 2009 – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, USIM telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Lembaga Pengarah Universiti bersama Pengurusan USIM yang terdiri daripada Majlis Pengurusan Universiti, Dekan-dekan dan Pegawai Kanan USIM. Majlis Berbuka Puasa ini diadakan adalah rentetan daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada siang harinya. Majlis dimulakan dengan [...]

By |2016-09-27T16:16:26+08:00August 28th, 2009|Campus News, News|

49 PEGAWAI KADET PALAPES USIM DISERAH KEPADA UKM

Nilai, 21 Oktober  2009 – Seramai 49 Pegawai kadet PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 25 lelaki dan 24 wanita diserahkan kepada PALAPES UKM dalam satu majlis rasmi yang diadakan di kampus USIM di sini hari ini. Upacara penyerahan dilakukan dengan menandatangani PLAKA penyerahan Pegawai Kadet PALAPES USIM kepada PALAPES UKM oleh [...]

By |2016-09-27T16:16:41+08:00August 23rd, 2009|Campus News, News|

PERSADA USIM PEMANGKIN KEJAYAAN ANAK FELDA

Nilai, 18 Oktober  2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengorak langkah dengan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Mahasiswa FELDA di Institusi Pengajian Tinggi 2009. Program ini adalah anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) yang merupakan Badan Pelajar yang baru ditubuhkan di USIM. Hampir 500 mahasiswa dari 12 IPTA seluruh Malaysia menyertai Seminar ini. Antaranya Universiti Kebangsaan [...]

By |2016-09-27T16:16:57+08:00August 21st, 2009|Campus News, News|

PERTANDINGAN DEBAT KEMERDEKAAN ALA PARLIMEN

Angkasapuri, Kuala Lumpur, 18 Ogos 2009 – Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul juara dalam pertandingan akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen antara Universiti-universiti Malaysia 2009 mengalahkan Universiti Multimedia (MMU). Pertandingan akhir ini mempertemukan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia (MMU) yang mendebatkan tajuk “Perpaduan Negara Tanggungjawab Rakyat”. Johan telah membawa pulang wang tunai RM 7000, piala [...]

By |2016-09-27T16:17:05+08:00August 18th, 2009|Campus News, News|

KARNIVAL MAHASISWA (KARSIS ’09) PEMACU MINDA PRAGMATIS

Nilai,11 Oktober 2009 -  Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dibawah Sekretariat Naib Yang Dipertua (NYDP) telah menganjurkan Karnival Mahasiswa 2009 yang bertemakan “Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis” bersempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan USIM di Bandar Baru Nilai. Karnival ini berlansung selama 10 hari bermula 2 hingga 11 Oktober 2009. Acara pembukaan [...]

By |2016-09-27T16:17:18+08:00August 18th, 2009|Campus News, News|

“PERMATA BONDA” MENANG DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA

Kota Kinabalu, 5 Ogos 2009 - Filem pendek "Permata Bonda" yang telah dihasilkan oleh pelajar komunikasi USIM jurusan penyiaran, telah memenangi kategori Filem Pendek Terbaik (Anugerah Perdana) di Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Centre Atrium 1 Borneo. USIM menerima hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM 15,000 yang telah diterima Prof. Dr. [...]

By |2016-09-27T16:17:28+08:00August 14th, 2009|Campus News, News|

FESTIVAL CIPTA LAGU PATRIOTIK 2009

Putrajaya, 8 Ogos 2009 – Lagu ‘Semangat Anak Bangsa’ nyanyian Roy telah terpilih menjadi juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA ’09) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya. Johan telah membawa pulang wang tunai RM 1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu ‘Satu [...]

By |2016-09-27T16:17:37+08:00August 13th, 2009|Campus News, News|

PROGRAM PENGAJIAN USIM TERIMA PENGIKTIRAFAN JPA

Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang merupakan misi kerajaan dalam mentransformasikan pengajian tinggi supaya berada di landasan yang kukuh serta menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, USIM turut tidak mahu ketinggalan dan menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi ilmu di Malaysia. USIM sentiasa menitikberatkan dan memastikan program pengajian [...]

By |2016-09-27T16:19:24+08:00August 12th, 2009|Campus News, News|

SESI TAARUF PELAJAR SISWAZAH 2009/2010

Nilai, 11hb. Ogos, 2009 – Hampir 100 orang pelajar baru dan pelajar sedia ada telah menyertai sesi Taaruf pada kali ini.  Turut hadir Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Timbalan-Timbalan Dekan Fakulti, Ketua Program-Program Siswazah, Kakitangan Akademik dan juga Kakitangan Pentadbiran yang sama-sama menjayakan program ini. Sesi Taaruf pelajar Siswazah merupakan satu [...]

By |2016-09-27T16:19:32+08:00August 12th, 2009|Campus News, News|
Go to Top