5 ANAK MUDA HASILKAN TEMPOYAK SEGERA
Durian merupakan salah satu tanaman buah-buahan yang penting di negara ini. Sebahagian besar pengeluaran durian adalah untuk memenuhi permintaan tempatan dan hanya 0.1% sahaja digunakan untuk pemprosesan. Durian mempunyai potensi untuk diproses, tetapi pemprosesan hanya dilakukan apabila terdapat buah yang berlebihan atau apabila sebahagian buah rosak atau mutunya menurun dan tidak sesuai untuk dijual segar. [...]