PELAJAR SEKOLAH TIMBA PENGALAMAN DI KAMPUS USIM

NILAI, 26 Mac 2014 - Seramai lebih kurang 100 pelajar  dari 20 buah Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat USIM sekitar Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai Program Menikmati Kehidupan di Kampus atau dikenali sebagai “Selangkah Ke USIM” anjuran Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia yang diadakan bermula 24 hingga 26 Mac yang lepas. [...]

By |2016-10-06T14:35:45+08:00March 31st, 2014|Campus News, News|

ACREDA USIM KE ARAH PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Melbourne, 7 Januari 2014 - Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diketuai oleh Pengarah ACREDA, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani bersama 32 orang pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi 2012/2013 mengadakan program pengantarabangsaan serta lawatan akademik dan teknikal [...]

By |2016-10-20T08:54:50+08:00March 26th, 2014|Campus News, News|

USIM PRIHATIN ANJUR KEMPEN DERMA DARAH PERDANA 2014

NILAI, 18 MAC 2014 – Bertemakan Save a Life Today, Kempen Derma Darah Perdana  berjaya dilaksanakan oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar  Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama  Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Program yang berlangsung selama 2 hari itu bermula 17 dan 18 Mac bertempat di Bilik Seminar 2 Fakulti Pengajian [...]

By |2016-11-28T15:40:36+08:00March 26th, 2014|Campus News, News|

UNIT KEBUDAYAAN USIM LANCAR ALBUM LAGU MELAYU ASLI

NILAI, 21 MAC 2014 – Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM. Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan [...]

By |2016-09-27T08:18:04+08:00March 25th, 2014|Campus News, News|

MEMPERKASA AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI-AMANAT 2014 NAIB CANSELOR USIM

NILAI, 20 MAC 2014 – Menjajarkan Pelan Strategik USIM ke Arah Pengukuhan Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli adalah misi yang ditekankan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail melalui Amanat Tahun 2014 Naib Canselor yang berlansung di Dewan Besar USIM. Dalam hasrat memberi nafas baharu kepada warganya [...]

By |2016-10-20T08:54:51+08:00March 21st, 2014|News, Research News|

USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN

Nilai 18 MAC 2014 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Pengurusan Keselamatan Negeri Sembilan meriah disertai oleh seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan Berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif Canselori [...]

By |2016-09-27T08:16:07+08:00March 20th, 2014|Campus News, News|

PROGRAM JELAJAH UMMAH FPBU DEKATI GOLONGAN GELANDANGAN

PUDURAYA, 15 Mac 2014 - Biro Kebajikan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif bagi mendekati golongan gelandangan dengan  menganjurkan Program Jelajah Ummah bersama Gelandangan di sekitar ibu kota pada sabtu lepas. Seramai 39 orang pelajar dan staf terlibat dalam program kali ini yang diketuai oleh Encik Shahrul [...]

By |2016-10-20T08:54:51+08:00March 19th, 2014|Campus News, News|

VIDEO KREATIF DISLEKSIA ORIGAMI PIKAT JURI

AYER KEROH, 12 Mac 2014  - Tidak memiliki latar-belakang pengajian dalam seni persembahan atau perfileman tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti bergabung idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah video menarik berkaitan Disleksia. Video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul "Origami" terbitan kumpulan mereka yang dinamakan Light Motion [...]

By |2016-09-27T08:16:34+08:00March 18th, 2014|Campus News, News|

WARGA USIM TUNAI SOLAT ISTISQA’ DAN DOAKAN MH370

NILAI, 13 Mac 2014 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunaikan Solat Sunat Istisqa’ di Dataran Canselori USIM yang bermula pada jam 8.30 pagi. Istisqa’ yang bermaksud siraman air adalah solat sunat yang ditunaikan secara khusus sebagai salah-satu ikhtiar memohon turunnya hujan. Musim kemarau berpanjangan yang melanda negara sejak bulan lalu dan dijangka berterusan [...]

By |2016-10-20T08:54:52+08:00March 13th, 2014|Campus News, News|

PUSAT TAMHIDI UNGGULI DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2014

NILAI, 9 Mac 2014 – Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memasuki edisi Ke-7 penganjurannya pada tahun ini menyaksikan Pusat Tamhidi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor. Kejohanan Debat Piala Naib Canselor anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berlangsung [...]

By |2016-09-27T08:09:30+08:00March 11th, 2014|Campus News, News|
Go to Top