SAMBUTAN GEMA BAHASA ANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU
NILAI - Jabatan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Gema Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat Universiti pada 11 Mei lalu sebagai sokongan kepada kesinambungan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Nasional yang dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sambutan Gema Bahasa dijenamakan semula melalui penganjuran pelbagai aktiviti antaranya deklamasi puisi, dikir barat, pelancaran buku pantun,pertandingan pantomim [...]