NILAI, 28 MEI 2016 – Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui program kesedaran berkaitan isu halal iaitu Halalan Toyyiban Awareness Seminar (HATAS) bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP) 1, USIM.

HATAS 2016 tahun ini diperluaskan sasaran peserta kepada pelajar universiti, pengendali dan pengusaha makanan, pemain industri, pihak berkuasa tempatan serta orang awam. Ia lebih menfokus kepada Kepentingan dan Cabaran Pensijilan Halal, Kandungan Bahan Tambahan dalam Produk Halal (Kod E dan Alkohol) termasuklah membincangkan perihal Halal Global Serta Integriti dalam Industri Makanan Malaysia.

Penganjuran HATAS 2016 adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan keperluan, jaminan dan cabaran pensijilan halal disamping mendedahkan peserta ilmu mengenai kandungan makanan yang dibenarkan dalam pemprosesan produk halal.

Panel Perbincangan Perihal Halal Global Serta Integriti Dalam Industri Produk Halal antaranya Prof. Dato Dr Asbi Ali (Persatuan Industri dan Pengeluar Muslim Malaysia) (MIM)), Encik Mohd Amri Abdullah (Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hab Halal JAKIM), Pn Nurul Husna Ahmad Rapaai (Nestle Manufacturing Malaysia Sdn Bhd) dan En Nor Amin Mohd Noor (Halvec Laboratories Sdn. Bhd.)

HATAS 2016 mengekalkan jalinan kerjasama HATAS 2015 menerusi penganjuran bersama oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan barisan penceramah jemputan dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Disediakan oleh:

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal  (IHRAM)

Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204