PPV IPT Mega USIM tamatkan operasi dengan cemerlang, lepasi sasaran 200,000 Dos Suntikan
NILAI, 20 September 2021 - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengakhiri operasinya pada Ahad dengan merekodkan kumulatif 200,516 dos vaksin yang telah disuntik kepada penerima vaksin di PPV ini sejak ia beroperasi pada 28 Jun lalu. Beroperasi sepenuhnya di Dewan Tuanku Canselor USIM, seramai 100,736 orang telah menerima suntikan [...]