29 mahasiswa USIM perluas pengetahuan industri pelancongan di MATIC

KUALA LUMPUR – Seramai 29 mahasiswa Program Pengurusan dengan Pelancongan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat pendedahan langsung mengenai perkembangan industri pelancongan negara menerusi lawatan akademik ke Malaysia Tourism Centre (MATIC), Ampang, Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalu. Penyelaras dan Ketua Rombongan, Dr. Muhammad Rozien Zakwan, berkata lawatan akademik tersebut memberi peluang kepada mahasiswa menghubungkan [...]

By |2026-11-12T14:56:05+08:00November 12th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Dua laluan, Satu tekad: Graduan DIJAP USIM kembali memperkukuh ilmu guaman syarie

NILAI – Dua graduan Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), membuktikan bahawa perjalanan menuntut ilmu tidak mengenal usia mahupun latar belakang apabila masing-masing melalui pengalaman berbeza sebelum berjaya menamatkan pengajian dan melangkah lebih jauh dalam bidang perundangan. Bagi Syahrul Adam Salleh Ibrahim, 25, keputusan meneruskan pengajian dalam [...]

By |2026-11-12T14:59:00+08:00November 12th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Menghubungkan Malaysia, ASEAN dan Rusia: Peranan Sarjana USIM Memacu Kerjasama Undang-Undang Antarabangsa

Dalam landskap geopolitik dunia yang semakin kompleks, ancaman terhadap keselamatan sesebuah negara tidak lagi terbatas kepada konflik fizikal di perbatasan wilayah. Hari ini, cabaran keselamatan merentas sempadan hadir dalam bentuk yang jauh lebih halus tetapi berisiko tinggi, merangkumi ancaman biologi serta jenayah siber yang mampu melumpuhkan ekosistem sosial dan ekonomi global. Menangani cabaran serantau dan [...]

By |2026-11-12T10:20:35+08:00November 12th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Peguam, Ahli Parlimen Belia dan graduan CGPA 3.95, Nur Rasyiqah buktikan pengurusan masa kunci kejayaan

NILAI – Bergelar peguam, aktif dalam kepimpinan belia di peringkat antarabangsa dan pada masa sama meneruskan pengajian bukan halangan buat Nur Rasyiqah Unigkutti, 26, untuk bergelar graduan Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) di sidang ketujuh Majlis Konvokesyen ke-24 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan CGPA 3.95 pada 6 November 2026. Sebelum melanjutkan pengajian [...]

By |2026-11-12T17:12:51+08:00November 10th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

17 pelajar antarabangsa sertai program flagship FKP, perkukuh jaringan akademik global

NILAI – Seramai 17 pelajar antarabangsa daripada lima institusi pengajian tinggi menyertai International Leadership Mobility Program Siri 2/2026, program flagship Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang berlangsung dari 25 Oktober hingga 1 November 2026. Program tersebut menghimpunkan peserta daripada Islamic University of Maldives, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Universitas Islam Negeri [...]

By |2026-11-12T11:02:56+08:00November 10th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kemalangan dua minggu sebelum konvokesyen, tidak patahkan semangat Adib hadir rai konvokesyen

NILAI – Kemalangan jalan raya kira-kira dua minggu sebelum Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak mematahkan semangat Adib Haiqal Subhi, 24, untuk hadir meraikan kejayaan akademiknya meskipun terpaksa menggunakan kerusi roda. Graduan Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), itu terlibat dalam kemalangan pada 16 Oktober lalu ketika dalam perjalanan [...]

By |2026-11-10T08:31:58+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Tamat PhD sambil berkhidmat, pensyarah perubatan raih Anugerah Canselor

NILAI – Mengimbangi kerjaya sebagai Pensyarah Perubatan, tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada empat cahaya mata serta pengajian doktor falsafah bukan penghalang buat Dr. Muhammad Faiz Mohd Fauad, 38, untuk mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berasal dari Alor Star, Kedah dan merupakan anak [...]

By |2026-11-06T16:46:57+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Tekad ubah nasib keluarga, graduan USIM raih kelas pertama dan bina kerjaya di BNM

NILAI – Tekad untuk mengubah kehidupan keluarga menjadi pendorong utama Megat Anwar Irsyad bin Megat Nazaruddin, 23, sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan Kelas Pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum membina kerjaya di Bank Negara Malaysia (BNM). Graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) itu mencatatkan PNGK 3.89 serta menerima [...]

By |2026-11-11T09:50:26+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

25 huffaz FST genggam ijazah, buktikan al-quran dan sains mampu berjalan seiring

NILAI – Seramai 25 graduan huffaz daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), membuktikan bahawa penguasaan al-Quran dan ilmu sains mampu bergerak seiring apabila mereka berjaya menggenggam ijazah dalam pelbagai bidang sains dan teknologi pada Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM. Kesemua graduan berkenaan merupakan huffaz yang telah melengkapkan hafazan 30 juzuk al-Quran [...]

By |2026-11-06T10:59:50+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Ujian bukan penghalang, Arfan tekad genggam Ijazah USIM

NILAI – Kemalangan motosikal ketika semester ketiga mengubah kehidupan Muhamad Arfan Shuhaimi Muzi,24, namun tidak mematahkan semangat graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu untuk meneruskan pengajian sehingga berjaya menamatkan Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Ke-24 USIM. Daripada seorang mahasiswa yang aktif dalam bidang sukan, Arfan perlu menyesuaikan diri [...]

By |2026-11-10T10:58:36+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top