About Wahidah

This author has not yet filled in any details.
So far Wahidah has created 1728 blog entries.

Membina Kecemerlangan Secara Bersama – Naib Canselor USIM

NILAI – Menggariskan konsep kebersamaan sebagai tunjang utama untuk membawa USIM ke tahap kegemilangan adalah nilai murni yang ditekankan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM melalui Amanat Tahun Baharu 2013 Naib Canselor bertemakan “Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan”. Sebagai Naib Canselor yang ketiga, beliau mendapati warga USIM yang terdiri daripada staf [...]

By |2016-09-27T10:03:31+08:00February 10th, 2013|Campus News, News|

IHTIFAL IPT ASEAN TERAP ELEMEN DAKWAH PADA BELIA

NILAI – Menonjolkan golongan belia bercirikan Islamik sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan melalui pelbagai pengisian menarik dalam penganjuran Ihtifal IPT ASEAN Kali ke 2 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Taqwa telah menarik penyertaan yang menggalakkan dari IPT serantau. Penganjurannya yang bermula 31 Jan hingga [...]

By |2016-10-20T08:55:06+08:00February 5th, 2013|Campus News, News|

USIM Perintis BSKN IPT – Muncul IPT Pertama Tawar Kursus Kokurikulum Berkredit

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menubuhkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) secara Kursus Kokurikulum Berkredit di Universiti ini dan seterusnya menjadi perintis serta model penubuhan BSKN ini di IPT-IPT lain. Menurut Penyelaras Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), Dr. Mohd Faisal Ibrahim, beberapa siri pertemuan telah [...]

By |2016-11-04T08:34:09+08:00January 23rd, 2013|Campus News, News|

Naib Canselor Terima Darjah Kebesaran Oleh Sultan Kedah

NILAI – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit, semalam. Darjah Kebesaran tersebut dianugerahkan sempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-85 pada 20 Januari 2013. Seramai 60 daripada keseluruhan 87 [...]

By |2016-11-04T08:34:43+08:00January 21st, 2013|Campus News, News|

Agihan Bajet 2013 Fokus Lonjak Penyelidikan

NILAI – Melonjakkan bidang penyelidikan oleh para pensyarah USIM menjadi agenda utama dalam perancangan bajet USIM untuk tahun 2013 ini. Bersesuaian dengan imej Universiti sendiri yang membawa elemen Sains dan Islam, justeru pengagihan bajet kali ini amat tepat untuk mendokong penubuhan Universiti ini untuk kekal relevan dan terkehadapan. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Asma [...]

By |2016-09-27T10:10:49+08:00January 11th, 2013|News, Research News|

USIM Anjur Syarahan Umum Ungkai Asal Usul Rumpun Melayu

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil dengan langkah proaktif dalam membincangkan isu asal usul rumpun Melayu dengan menganjurkan sebuah syarahan umum bertajuk “Rumpun Melayu-Teori Migrasi dan Diaspora” dekat sini baru-baru ini. Syrahan yang disampaikan oleh Profesor Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah USIM itu merupakan kemuncak kepada pencarian [...]

By |2016-10-20T08:55:07+08:00January 3rd, 2013|Campus News, News|

USIM PENERAJU KONSEP ‘GLOBAL CLASSROOM’ IPT SERANTAU – MENTERI

PUTRAJAYA – Majlis Amanat Tahun Baharu 2013 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang memfokuskan kepada 8 agenda utama dan 44 pernyataan dasar yang bertemakan ‘Pengajian Tinggi Pemacu Daya Saing Malaysia’ disambut dengan reaksi yang amat positif dan penuh bersemangat oleh warga institusi pengajian tinggi yang memenuhi Dewan Plenari, Pusat [...]

By |2016-09-27T10:09:04+08:00January 2nd, 2013|Campus News, News|

Institusi Pengajian Serantau Bergabung Melalui SeIPTI

NILAI – Menghimpunkan cendekiawan serumpun daripada tiga buah negara di bawah satu  bumbung bagi membincangkan halatuju institusi pendidikan tinggi berteraskan Pengajian Islam menjadikan Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) 2012 yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darusssalam dan Institut Studi Islam Darussalam [...]

By |2016-09-27T10:09:26+08:00December 27th, 2012|Campus News, News|

Dialog Mahabbah Platfom Pelajar Bersama Menteri Mentor

NILAI – Pendekatan kepimpinan negara turun padang bagi menyelami dan mendekati rakyat merupakan salah satu platfom yang berkesan bagi melihat dan mendengar sendiri sebarang masalah dan pandangan yang diutarakan oleh mereka. Sehubungan itu, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Mentor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [...]

By |2016-09-27T10:09:39+08:00December 22nd, 2012|Campus News, News|

USIM Ketuai Jalinan Hubungan Kerjasama Tiga Negara

Nilai– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan untuk mengetuai penubuhan konsortium kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Islam antara tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Kepercayaan itu diberikan kepada USIM hasil perbincangan meja bulat di antara 30 wakil ketua jabatan Pengajian Islam seluruh IPTA/S di Malaysia, Universiti Islam Sultan  Sharif Ali (UNISSA) Brunei dan Institut [...]

By |2016-09-27T10:09:52+08:00December 20th, 2012|Campus News, News|
Go to Top