USIM dan RMS Menandatangani Memorandum Perjanjian Projek Penyelidikan Gold Authentication System
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), anak Syarikat kepada Bank Rakyat telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) untuk projek penyelidikan bertajuk Gold Authentication System pada 10 Januari 2025 baru-baru ini. Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan usaha pembangunan sistem autentikasi ketulenan emas melalui gabungan kepakaran penyelidik USIM dan RMS. [...]