Mengakar budaya dan budi pada generasi muda

Malaysia kini sedang menyusun dan melangkah dengan pantas untuk menggapai status negara maju dalam tempoh beberapa tahun mendatang dengan satu kepercayaan yang bulat bahawa generasi muda Malaysia merupakan pelakar dan penerus kesinambungan pertiwi ini. Penulis menyedari mula timbul kegusaran kalangan masyarakat apabila melihat ragam dan sikap generasi muda kini sehingga [...]

By |2018-07-23T12:01:08+08:00July 23rd, 2018|In our words|

Peranan ibu bapa mendidik anak-anak mengenai kepentingan bermasyarakat

Sekiranya kita mengimbau kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah, antara perkara utama dilakukan Baginda adalah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan penduduk Ansar. Tindakan Baginda SAW ini menggambarkan hidup bersaudara dan bermasyarakat amatlah penting serta tunjang kepada kekuatan Islam itu sendiri. Manusia tidak mampu hidup berseorangan, bahkan perlu bantuan dan [...]

By |2018-07-23T11:32:59+08:00July 18th, 2018|In our words|

Kemurungan dan panduan Islam dalam menghadapinya

Meneliti beberapa laporan kes penderaan atau kes bunuh diri, pakar perubatan dan psikologi menemukan dan memerihalkan cadangan punca-puncanya yang mana ianya turut memaktubkan tekanan perasaan dan kemurungan sebagai antara asbab utama. Melalui laporan-laporan ini kita dihidangkan dengan pelbagai andaian mengenai kemurungan yang menyebabkan pelaku jenayah sebegini tidak memikirkan lagi sempadan [...]

By |2018-07-25T14:48:40+08:00July 17th, 2018|In our words|

Perbankan Islam perlu lebih inovatif

Perbankan Islam suatu masa dahulu yang hanya merupakan sektor dan institusi alternatif kepada umat Islam kini telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Perbankan Islam kini telah menjadi pilihan utama dalam melakukan transaksi perbankan sama ada untuk deposit, pembiayaan mahupun perkhidmatan-perkhidmatan lain oleh orang Islam dan bukan Islam di negara ini. [...]

By |2018-07-23T10:28:12+08:00July 11th, 2018|In our words|

Klinik Pakar Kesihatan USIM: Klinik berkonsep waqaf untuk kesejahteraan rakyat

Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). KPKU menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul. Hasil kerjasama USIM dengan MAINS ini bertujuan memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. KPKU terletak di Nilai Square, Nilai [...]

By |2018-07-25T14:40:44+08:00June 30th, 2018|In our words|

Universiti bernaratif baharu

Sebagai pendidik saya selalu mengingatkan kepada para mahasiswa betapa pentingnya untuk bersama dan menyumbang kepada masyarakat. Malahan, sebahagian penilaian pemarkahan yang saya bangunkan juga ditentukan berdasarkan sejauh mana tugasan dapat dimasyarakatkan. Mahasiswa perlu dididik ‘hati’ mereka sejak dari awal untuk sentiasa prihatin dan ambil tahu isu masyarakat dan umat. Menteri [...]

By |2018-07-04T16:31:21+08:00June 25th, 2018|In our words|

Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 19

Di dalam siri yang lepas, saya telah membuka topik keperluan kita mencari ilmu pelaburan. Pada kali ini, saya ingin mengupas tentang topik semasa iaitu kejatuhan indeks KLCI. Adakah kita sudah menemui dasar? Kejatuhan indeks KLCI ke bawah paras sokongan 1709 mata menggusarkan ramai pelabur, peniaga, para pengkaji dan malah rakyat [...]

By |2018-06-25T11:43:34+08:00June 25th, 2018|In our words|

Sunnah Rasulullah SAW ketika Syawal

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan kepada semua umat Islam selepas sebulan menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan. Allah SWT menganugerahkan kepada umat Islam satu hari yang cukup istimewa yang disambut dengan penuh kegembiraan. Kegembiraan itu itu dibenarkan kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab agama yang merupakan salah satu daripada lima [...]

By |2018-06-13T15:20:03+08:00June 13th, 2018|In our words|

Usah biarkan sikap boros cemari matlamat Aidilfitri

Sedar atau tidak, Ramadan semakin meninggalkan kita. Ini menandakan bahawa bulan Syawal yang sinonim dengan Aidilfitri datang bertandang lagi. Pada waktu ini pusat-pusat tumpuan untuk membeli-belah pasti dikerumuni dengan pengunjung yang ingin membeli pakaian baharu serta kuih raya. Jalan-jalan sekitar bandaraya pula pasti sesak dengan jumlah kenderaan yang banyak. Sudah [...]

By |2018-06-13T15:06:58+08:00June 13th, 2018|In our words|
Go to Top