USIM TERIMA LEBIH RM 1 JUTA DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PENYELIDIKAN
NILAI, 14 JUL 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan bidang penyelidikan yang dipelopori oleh ahli akademiknya apabila menerima peruntukan terkini penyelidikan dari Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM 1,133,300.00. Peruntukan ini diluluskan oleh Kementerian di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2016 melibatkan 17 projek penyelidikan USIM. Menurut kenyataan oleh Pusat Pengurusan [...]