PENERBIT USIM TUMPU ASPEK TERJEMAHAN DAN PENDIGITALAN BUKU
Nilai, 17 MAC 2016 – Mengambil inisiatif untuk mencapai visi Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dua perjanjian kerjasama telah dimeterai antara Penerbit USIM bersama dua organisasi iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku. Ia selaras dengan visi Penerbit USIM iaitu menerajui penerbitan ilmiah berkualiti dalam integrasi ilmu Naqli dan Aqli [...]