Usah sia-siakan nikmat di bumi Allah

Apabila diimbas kenangan ketika berada di Hebron Palestin beberapa tahun yang lalu, dalam keadaan serba daif dan miskinnya, anak-anak kecil berebut-rebut makanan yang dibawa oleh rombongan penulis, sekadar gula-gula dan manisan, sangat menginsafkan kita yang tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini. Kita bukan sekadar dapat menikmati keamanan dan kebebasan [...]

By |2019-05-22T12:38:43+08:00Mei 21st, 2019|In our words|

Hijrah nafas baharu sempena Ramadan

Diam tak diam, telah melangkaui seminggu umat Islam menunaikan ibadah berpuasa dan menginjak ke pertengahan Ramadan tidak lama lagi. Sebagaimana sedia maklum, semasa berpuasa, merokok termasuk perkara yang dilarang seperti makan dan minum dan kerana ia akan membatalkan puasa. Justeru dapat dilihat semasa tempoh berpuasa, rokok dan perokok berpisah ‘sementara’ [...]

By |2019-05-14T15:36:35+08:00Mei 14th, 2019|In our words|

Rebut peluang ganjaran pahala di bulan Ramadan

Seluruh umat Islam kini sedang berjihad menahan lapar dan dahaga serta berlumba-lumba menjalankan amal ibadah untuk merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Diharapkan sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Persediaan rohani dan fizikal perlu mantap dalam menjalani bulan yang amat disukai oleh Baginda saw. Nabi [...]

By |2019-05-14T12:57:41+08:00Mei 14th, 2019|In our words|

Manfaat Masa, Cari Pengalaman – Syafiq Suhaimi (Alumni Penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang

‘Kesungguhan’ Muhammad Syafiq menjadi titik tanda mendapat pekerjaan sebelum bergraduasi Penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018, Muhammad Syafiq Suhaimi merupakan seorang yang amat gemarkan cabaran. Semasa pengajian, beliau tidak melepaskan peluang menimba pengalaman menjalankan pelbagai aktiviti luar kuliah serta bergiat aktif dengan menyertai pertandingan dan [...]

By |2019-06-17T11:24:18+08:00Mei 14th, 2019|Faces of USIM|

Enactus USIM kongsi ilmu melalui ’Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda’

LABU, 4 Mei 2019 - Kumpulan Enactus USIM berjaya laksanakan satu program beramah mesra bersama penduduk Kampung Labur Hilir, Labu, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program “Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda”. Program ini diadakan di Balai Raya Kampung Bandar Hilir dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku ADUN kawasan Labu dan Exco Negeri [...]

Sukarelawan USIM manfaat Ramadan dengan “Street Dakwah”

NILAI, 10 Mei 2019 – Seramai 60 sukarelawan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membantu untuk mengedarkan bubur lambuk dan kurma sebagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung di sekitar Masjid Klana Petra Nilai melalui program Xpresi Dakwah 3.0. Sukarelawan yang terdiri daripada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), USIM itu bekerjasama dengan Gabungan Mahasiswa [...]

Pusat Perumahan Pelajar USIM edar bubur lambuk percuma

NILAI, 10 Mei 2019 - Kira-kira 2500 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) yang diadakan pada setiap kali bulan Ramadan, dan ini merupakan tahun ketiga penganjurannya. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Ahmad Kamal Mustafa berkata, sudah menjadi [...]

Pelajar Undang-Undang USIM selami dunia Forensik di HTCM

NILAI, 8 Mei 2019 - Seramai 74 orang mahasiswa Tahun 4, Program Ijazah Sarjana Muda Undang–Undang dan Syariah (SMUS), Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan utama lawatan sambil belajar berkenaan dilakukan [...]

Enam penyertaan USIM di ITEX 2019 raih 3 emas dan 3 perak

Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei. Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi [...]

Kidz Corner antara tarikan utama aktiviti Ramadan, mudahkan ibubapa tunai solat terawih

NILAI, 3 Mei 2019 – Kidz Corner dan ’Belaian Urut Diraja’ antara 11 aktiviti dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena bulan Ramadan kali ini dengan menjangkakan tarikan warga USIM dan sekitarnya untuk sertai aktiviti untuk beriadah sambil beribadah di Kompleks Islam Tunku Muhriz (KITM). Menurut Pengarah Pusat Islam, Encik Mohd Aizuddin [...]

Go to Top