Alumni USIM akui sukan membantu tingkatkan fokus dalam pembelajaran
Tidak keterlaluan untuk menggelarkannya sebagai jaguh boling padang. Abdul Muiz Jaafar, 25, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) adalah merupakan anak jati Pulau Pinang. Abdul Muiz mengimbau kembali kenangan manis dalam lipatan sejarah hidupnya apabila pernah bersama-sama dengan pasukan kebangsaan merangkul emas buat Malaysia dalam Kejohanan Boling Padang Terbuka Antarabangsa Bangkok pada [...]