About StraComm USIM [Fadzlina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Fadzlina] has created 792 blog entries.

Klinik Pakar Kesihatan USIM: Klinik berkonsep waqaf untuk kesejahteraan rakyat

Klinik Pakar Kesihatan USIM (KPKU) telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). KPKU menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah yang terunggul. Hasil kerjasama USIM dengan MAINS ini bertujuan memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. KPKU terletak di Nilai Square, Nilai [...]

By |2018-07-23T12:59:46+08:00Jun 30th, 2018|In our words|

Kakitangan terawal berkhidmat di USIM bangga dapat salur sumbangan semasa awal penubuhannya

18 Jun 2000 tarikh bersejarah buat USIM 18 Jun 2000 merupakan tarikh yang amat bersejarah buat seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dulunya dikenali Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). 18 tahun yang lalu, pendaftaran seramai 255 orang pelajar sulung KUIM telah berlangsung di Institut Profesional Baitulmal, Kampung Pandan sebagai tanda pengoperasian KUIM [...]

By |2018-07-06T08:55:42+08:00Jun 29th, 2018|Faces of USIM|

USIM terima 938 pelajar baharu mendaftar ke program Tamhidi

NILAI, 28 Jun 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang telah selesai mendaftar pada semalam (Rabu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Selesai pendaftaran akademik dan kolej kediaman, para [...]

Universiti bernaratif baharu

Sebagai pendidik saya selalu mengingatkan kepada para mahasiswa betapa pentingnya untuk bersama dan menyumbang kepada masyarakat. Malahan, sebahagian penilaian pemarkahan yang saya bangunkan juga ditentukan berdasarkan sejauh mana tugasan dapat dimasyarakatkan. Mahasiswa perlu dididik ‘hati’ mereka sejak dari awal untuk sentiasa prihatin dan ambil tahu isu masyarakat dan umat. Menteri [...]

By |2018-07-04T16:32:58+08:00Jun 25th, 2018|In our words|

Perancangan Kewangan Naqli dan Aqli Siri 19

Di dalam siri yang lepas, saya telah membuka topik keperluan kita mencari ilmu pelaburan. Pada kali ini, saya ingin mengupas tentang topik semasa iaitu kejatuhan indeks KLCI. Adakah kita sudah menemui dasar? Kejatuhan indeks KLCI ke bawah paras sokongan 1709 mata menggusarkan ramai pelabur, peniaga, para pengkaji dan malah rakyat [...]

By |2018-06-25T11:46:43+08:00Jun 25th, 2018|In our words|

Sunnah Rasulullah SAW ketika Syawal

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan kepada semua umat Islam selepas sebulan menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadan. Allah SWT menganugerahkan kepada umat Islam satu hari yang cukup istimewa yang disambut dengan penuh kegembiraan. Kegembiraan itu itu dibenarkan kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab agama yang merupakan salah satu daripada lima [...]

By |2018-06-13T15:21:27+08:00Jun 13th, 2018|In our words|

Usah biarkan sikap boros cemari matlamat Aidilfitri

Sedar atau tidak, Ramadan semakin meninggalkan kita. Ini menandakan bahawa bulan Syawal yang sinonim dengan Aidilfitri datang bertandang lagi. Pada waktu ini pusat-pusat tumpuan untuk membeli-belah pasti dikerumuni dengan pengunjung yang ingin membeli pakaian baharu serta kuih raya. Jalan-jalan sekitar bandaraya pula pasti sesak dengan jumlah kenderaan yang banyak. Sudah [...]

By |2018-06-13T15:10:24+08:00Jun 13th, 2018|In our words|

Kurma bukan sekadar juadah berbuka puasa di bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelma lagi, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam seluruh dunia. Kurma merupakan buah daripada sejenis pokok palma genus Phoenix. Suruhanjaya Kodeks Alimetarius telah mendefinisikan kurma adalah produk yang disediakan dari pokok kurma yang nama saintifiknya [...]

By |2021-01-07T11:20:29+08:00Jun 4th, 2018|In our words|

Quran bukan sekadar untuk dibaca

Setiap 17 Ramadan, umat Islam diserata dunia akan menyambut satu peristiwa besar dan penting dalam sejarah kewujudan agama Islam itu sendiri iaitu peristiwa turunnya kitab suci Al-Qur’an. Peristiwa berkenaan yang juga lebih dikenali oleh umat Islam sebagai “Nuzul Al-Quran” merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW [...]

By |2018-06-01T16:39:05+08:00Jun 1st, 2018|In our words|

Di bulan mulia ini, berlatih dan terus berlatih

Perlahan-lahan dia datang. Tetap dan pasti seperti tahun-tahun yang lalu. Dalam saki-baki kebingitan pasca PRU14 dan pembentukan kerajaan baharu, langkahnya tenang tidak berbunyi. Dia tidak akan gagal menemui kita. Dalam keterujaan manusia melihat setiap pagi seolah-olah lebih indah daripada biasa kerana berlakunya perubahan yang bernama harapan, kita tidak perasan ada [...]

By |2018-05-30T12:34:21+08:00Mei 29th, 2018|In our words|
Go to Top