About StraComm USIM [Fadzlina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Fadzlina] has created 792 blog entries.

i-Gift platform pempamer ketengah produk inovasi

NILAI, 13 Mac 2018 – Program ‘Islamic Global Innovation Festival and Talent’ (i-GIFT) yang berlangsung selama dua hari bermula 10 Mac  buat julung kalinya memperlihatkan usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil peranan sebagai hab inovasi yang memberi peluang kepada ummah membangunkan institusi inovasi dalam merealisasikan hasrat Malaysia dalam Transformasi Nasional 2050. YBhg Prof Dato [...]

Revolusi industri ke-4 dan agenda kelestarian

Agenda kelestarian ataupun pembangunan lestari mula diperkenalkan sebagai konsep pada 1987, yakni tiga dekad lepas apabila dunia pada waktu itu bimbang dan gusar dengan berlakunya kemusnahan alam sekitar secara berleluasa. Sejak dari itu berbagai program, persidangan serta tindakan dilakukan tanpa henti dipelusuk dunia bagi menangani gejala tersebut secara menyeluruh. Misalnya, [...]

By |2018-03-13T12:33:04+08:00Mac 12th, 2018|In our words|

Amanat Naib Canselor USIM 2018 fokus tiga teras utama

NILAI, 13 Februari 2018 - Mendepani tahun 2018, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah berani dan dinamik untuk menjayakan agenda Kampus Barakah. Justeru itu, untuk terus menggelombangkan agenda barakah di USIM, pada tahun ini Universiti memfokuskan strategi untuk mengutamakan santunan masyarakat dalam konteks memasyarakatkan USIM melalui pendekatan penyelidikan, pengajaran & pembelajaran serta graduan. [...]

Ambil peranan sebar luas ilmu kepenggunaan halal – Pengarah IHRAM

Profesor Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah yang pernah berkhidmat dengan industri pada awal tahun 1990-an sebagai ahli kimia, kini memegang tampuk pimpinan sebagai Pengarah di Institute of Halal Research and Management (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau yang meminati bidang kimia sejak di bangku sekolah mengambil pendekatan berlapang dada di [...]

By |2018-03-01T11:47:25+08:00Februari 28th, 2018|Faces of USIM|

PHTP inisiatif IHRAM bagi memperkasa Eksekutif Halal

NILAI, 22 Februari 2018 – Seramai 86 peserta telah berjaya lulus dalam Sijil Profesional Eksekutif Halal (Certificate of Professional Halal Executive) (PHEP) dan dirai di Majlis Penyampaian Sijil PHEP yang disampaikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), merangkap Timbalan Menteri Mentor USIM. Professional [...]

Baja kompos organik daripada lebihan sisa makanan cepatkan pertumbuhan tanaman

NILAI – Penghasilan baja kompos organik melalui lebihan sisa makanan cetusan idea sekumpulan pelajar Duta Jauhar 4.0 USIM yang menggelarkan diri mereka sebagai Orla Farm membawa tuah apabila berjaya meraih beberapa anugerah pada Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 4.0 Peringkat Kebangsaan di Johor baru-baru ini. Idea inovasi yang menggunakan pendekatan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) [...]

Pelajar universiti perlu anjakan paradigma pemikiran dalam menghadapi Industri 4.0

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan penggunaan jentera dan teknologi seperti adaptasi permainan maya, hologram, realiti maya (VR), realiti berperantara (AR), pengguna visual, simulasi dan penerokaan internet boleh menyebabkan graduan ketinggalan dalam pasaran kerjaya. Langkah-langkah yang berani dan tegas telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mempersiapkan graduan negara dalam [...]

By |2018-02-28T15:41:51+08:00Februari 22nd, 2018|In our words|

Kelahiran di rumah dan doula: Mempertimbangkan Maqasid Syariah dalam kelahiran rumah

Kelahiran di rumah, bertemankan doula (peneman bersalin) dan menolak nasihat doktor untuk bersalin di hospital menjadi suatu trend sejak akhir-akhir ini. Amat dikesali kerana keputusan ini dibuat berdasarkan pemahaman yang salah tentang apa itu kaedah yang Islamik dan apa yang tidak. Baru-baru ini diberitakan berlaku kelahiran di rumah yang berakhir [...]

By |2018-02-19T16:59:25+08:00Februari 19th, 2018|In our words|

Membantu asnaf melalui wakaf kesihatan

Amalan berwakaf merupakan antara amalan sunat yang amat ditekankan dan digalakkan dalam Islam. Kenyataan ini bersandarkan kepada amalan Rasulullah SAW dan para sahabat ra yang sentiasa berlumba-lumba mewakafkan harta yang disayangi mereka untuk kebaikan agama. Para sahabat berebut-rebut untuk melakukan amalan mulia ini setelah mengetahui kelebihannya yang akan menjadi saham [...]

By |2018-02-13T16:33:55+08:00Februari 13th, 2018|In our words|

Institusi tahfiz perlu revolusi kurikulum mengikut arus perdana

Kesedaran masyarakat terhadap Islam dan keinginan melahirkan anak-anak sebagai generasi al-Quran menyumbang ke arah pertumbuhan institusi tahfiz yang bagaikan cendawan selepas hujan. Ibu bapa juga turut memilih institusi tahfiz sebagai pusat pendidikan kepada anak-anak mereka. Kerajaan sasarkan pada tahun 5050 bilangan huffaz atau yang menghafal al-Quran mencecah 250,000. Mereka ini [...]

By |2018-02-09T09:06:29+08:00Februari 9th, 2018|In our words|
Go to Top