About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2476 blog entries.

Siswa USIM isi cuti semester dengan menyantuni Komuniti Islam Sri Lanka

NILAI, 30 Januari 2018 – Ketika rakan sepengajian Universiti Awam menikmati cuti panjang pertengahan semester, sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memilih untuk mengisi cuti mereka untuk berkunjung ke Sri Lanka bagi bertemu masyarakat Islam. Seramai 15 orang siswa USIM berada selama seminggu di Sri Lanka bermula 25 hingga 30 Januari di bawah program [...]

Pelajar PERMATA Insan terima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa

NILAI, 29 Januari 2018 - Kolej PERMATA Insan terus mengukir kecemerlangan apabila seramai 45 pelajar Tahap 1 berusia 15 dan 16 tahun ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa dalam satu Majlis Pertauliahan yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia. Hadir sama Naib Canselor USIM Prof Dato’ [...]

15 siswa USIM tiba di Sri Lanka untuk jayakan misi bersama komuniti Islam

COLOMBO, 25 Januari 2018 – Sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 15 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike, Sri Lanka kira-kira jam 9.30 pagi (waktu tempatan) selepas menempuh empat jam penerbangan dari Kuala Lumpur sebentar tadi. Mereka merupakan ahli Kelab Debat USIM yang terdiri daripada pengurusan dan pendebat universiti akan berada [...]

Malam Cinta Rasul 2.0 USIM terbitan sulung GoTVee Pusat Kebudayaan

NEGERI SEMBILAN 10 Jan. - Malam Cinta Rasul (MCR 2.0) yang memasuki edisi kedua penganjurannya bakal diterbitkan dalam siaran GoTVee yang merupakan laman sosial video terbaharu Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh dicapai melalui Youtube. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkara, inisiatif tersebut adalah sebagai usaha untuk membawa elemen seni berbudaya yang [...]

USIM diiktiraf Universiti Terbaik dalam kebudayaan, julang Anugerah Gong Kencana MAKUM

PERAK, 20 Januari 2018 -  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul hadiah utama iaitu Anugerah Gong Kencana dalam Malam Anugerah Seni 2017 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) yang berlangsung pada Sabtu lalu. Majlis anugerah gilang gemilang ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Anugerah Gong Kencana yang menjadi idaman semua [...]

USIM promosi Edible Garden kepada warga kampus dan komuniti sekitar

NILAI, 18 Januari 2018 – Mempromosikan faedah penanaman sendiri tanaman dapur seperti sayuran dan pokok herba dan kesannya kepada kelestarian alam kepada warga kampus, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Landskap, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) mewujudkan sebuah ‘Edible Garden USIM’ di dalam kampus. Edible Garden di dalam bahasa Melayu bermaksud taman boleh [...]

Prof. Dr. Roshada Hashim terima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan

NILAI, 14 Januari 2018 - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Roshada Hashim menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) daripada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti pada hari ini. Beliau merupakan antara 693 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena [...]

300 Kakitangan disasar sertai Biggest Loser Challenge USIM tahun ini

NILAI, 16 Januari 2018 – Obesiti diketahui akan membawa kepada ancaman pelbagai masalah kesihatan disamping menjejaskan produktivi bekerja. Justeru itu, Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyasarkan seramai 300 kakitangan USIM akan menyertai Biggest Loser Challenge pada 2018 yang akan bermula Februari ini. Biggest Loser Challenge adalah program penurunan berat badan yang mengkhususkan kepada [...]

USIM dan Islamic Relief Malaysia bekerjasama untuk projek kemanusiaan

NILAI, 12 Januari 2018  – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Islamic Relief Malaysia (IRM) akan bekerjsama dengan lebih erat di masa hadapan untuk program berbentuk kemanusiaan dan kesukarelawanan. Komitmen itu dizahirkan kedua-dua belah pihak semasa kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Encik Zairulshahfuddin Zainal Abidin kepada Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad pada [...]

USIM sediakan dana RM150,000 untuk jayakan skim BS1N

NILAI, 20 Disember 2017  – Bagi menjayakan pelaksanaan pelan Bring Your Own Device (BYOD) di kalangan kakitangannya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan peruntukan awal sebanyak RM 150,000.00 bagi menyediakan kemudahan Skim Baucer Staf 1 Notebook (BS1N). Melalui jumlah ini, ia diagihkan secara berperingkat iaitu RM 50,000 setahun untuk tempoh tiga tahun iaitu bermula 2017 [...]

Go to Top