Prestasi Cemerlang dalam Penyelidikan dan Inovasi, USIM Beri Pengiktirafan kepada Penyelidik
NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan warga penyelidiknya pada Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi USIM bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani baru-baru ini. Majlis yang menjadi salah satu program tahunan dalam kalendar acara Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi [...]









