TAN SRI DATO’ PROF. DZULKIFLI ABDUL RAZAK DILANTIK PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH USIM

NILAI, 1 April 2016 – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pelantikan beliau menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin yang telah mengakhiri tempoh lantikannya pada 31 Mac 2016 sejak dilantik mulai [...]

By |2016-09-01T09:43:59+08:00April 11th, 2016|Berita, Berita Kampus|

PERASMIAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB)

NILAI, 31 MAC 2016 – Penubuhan fakuti kesembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr Asma Ismail setelah diluluskan penubuhannya oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi pada 10 Disember 2015. Melalui penubuhan fakulti ini, dua [...]

By |2016-09-01T09:48:43+08:00April 11th, 2016|Berita, Berita Kampus|

LANCAR “ASSAS” TINGKATKAN KESELAMATAN KAMPUS

NILAI, 31 MAC 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama dalam negara yang melaksanakan konsep rondaan  malam oleh para pelajarnya untuk menjaga keselamatan kampus. Program rondaan dikenali sebagai Assas (istilah Bahasa Arab bermaksud Penjaga) ini telah bermula pada 18 Mac lalu dan dilancarkan secara rasmi pada lewat malam oleh Naib [...]

By |2016-09-01T09:51:16+08:00April 4th, 2016|Berita, Berita Kampus|

CAMPUSLIFE@USIM TAWAR PENGALAMAN KEHIDUPAN DI KAMPUS

Nilai, 24 MAC 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyedari bahawa peranan universiti masa kini tidak hanya sebagai sebuah institusi ilmu malah menjadi platform kepada pembangunan komuniti daripada pelbagai lapisan dan usia untuk mendapatkan pendidikan sepanjang hayat. Atas faktor itu, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm), USIM mengambil inisiatif menawarkan program Kehidupan di Kampus USIM (Campuslife@USIM) [...]

By |2016-09-01T09:54:55+08:00Mac 29th, 2016|Berita, Berita Kampus|

FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG GAH JULANG PIALA DEBAT NAIB CANSELOR 2016

NILAI, 24 MAC 2016 – Para pendebat Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) kembali menunjukkan taring mereka dalam Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) edisi Ke-9 setelah dua edisi sebelumnya dikuasai oleh Pusat Tamhidi. Berlangsung dari 10 hingga 13 Mac bertempat di FSU dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,  Kejohanan Debat Piala Naib [...]

By |2016-09-01T10:01:11+08:00Mac 24th, 2016|Berita, Berita Kampus|

PROGRAM KERJASAMA USIM-BANK ISLAM TINGKAT PROFESIONALISMA KAKITANGAN

NILAI, 17 MAC 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memperkasakan hubungan strategik yang sedia terjalin melalui pelaksanaan Program Sijil Peningkatan Kemahiran Profesional USIM-BIMB kepada kakitangan Bank Islam. Seramai 40 orang graduan dari kohot 1 dan 2 program khas ini diraikan apabila berjaya menerima sijil masing-masing sempena Majlis Graduasi [...]

By |2016-09-08T09:44:31+08:00Mac 21st, 2016|Berita, Berita Kampus|

DATO’ DR HASSAN TERIMA WATIKAH PELANTIKAN KOMANDAN KOR SUKSIS USIM

NILAI, 16 MAC 2016 - Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan menerima watikah Komandan Kor Suksis Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) USIM bagi mengetuai unit badan beruniform tersebut yang telah disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof bertempat di Dewan Kuliah Pusat. Penubuhan SUKSIS di USIM kini genap 10 tahun tekad [...]

By |2016-09-01T10:05:45+08:00Mac 21st, 2016|Berita, Berita Kampus|

SISWA USIM DIPILIH WAKILI MALAYSIA KE PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2016

NILAI, 7 MAC 2016 – Siswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Irfan Faruqi Mohd Fairus, 21 dipilih mewakili dan membawa nama Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri pada 19-25 Mac 2016. Beliau dinobatkan sebagai Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, piala dan sijil penghargaan [...]

By |2016-09-08T10:12:10+08:00Mac 10th, 2016|Berita, Berita Kampus|

PROJEK PENDIDIKAN ORANG ASLI DUTA JAUHAR USIM RAIH ANUGERAH EMAS

NILAI, 29 FEBRUARI 2016 - Projek pemindahan ilmu berbentuk pendidikan dinamakan ‘Development Education of Orang Asli (De’Asli)’  membawa tuah kepada pasukan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila merangkul Anugerah Emas dalam Kongres Duta Jauhar 2.0 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Program Duta Jauhar diilham dan dilaksanakan bagi memberi ruang kepada anak [...]

By |2016-09-30T10:32:30+08:00Mac 10th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

SISWA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM GERAKKAN KEMPEN KESEDARAN KAMPUS BEBAS SKIM CEPAT KAYA

NILAI, 4 MAC 2016 – Mahasiswa  Tahun Pertama program Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan melaksanakan “Kempen Bebas Multilevel Marketing (MLM) dan SkiM Cepat Kaya (SKM) : Jangan Bazirkan Wang PTPTN Anda!”. Kempen yang bermula pada Isnin lalu (29 Februari 2016) berakhir secara rasmi pada semalam [...]

By |2016-09-29T15:36:35+08:00Mac 4th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|
Go to Top