Pendebat USIM Naib Johan pertandingan debat bahasa arab terbesar di Indonesia
NILAI, 2 Mac 2018 – Persiapan dan latihan intensif selama dua minggu oleh empat siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ternyata berbaloi apabila mencipta kejayaan buat universiti di Indonesia. Mereka muncul naib johan dalam pertandingan akhir UNISI Arabic Debating Championship (UADC) yang berlangsung di Universitas Islam Indonesia (UII), Yogyakarta Indonesia pada pagi tadi. Para pendebat [...]