Bengkel Onboarding USIM pacu Pelan Strategik 2019

USIM, 29 Januari 2019 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Onboarding Pelan Strategik USIM bagi tahun 2019 bertempat di Galeri Canselori USIM. Menurut Pengarah StraComm, Dr Hayati Ismail, usaha untuk menyatukan semua pengurusan tertinggi dan ketua-ketua jabatan adalah mekanisme untuk mendapatkan idea, input dan sumbang saran yang selari untuk [...]

UNISBA jalin kerjasama dengan USIM

BANDUNG RAYA, 25 Jan 2019 - FAKULTAS Ilmu Komunikasi (Fikom) Unisba tengah menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kegiatan yang dilakukan adalah teleconference, riset kolaboratif, dan seminar internasional. Pekan lalu, Jumat (25/1/2019) mereka telah melaksanakan teleconference. Menurut Dekan Fikom Unisba, Septiawan K. Santana, tema yang diusung dalam kerjasama ini adalah tentang komunikasi dan [...]

Laksana gotong royong langkah proaktif cegah wabak denggi

NILAI, 22 Januari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk mencegah denggi yang kini menjadi wabak di kawasan Nilai. Ini berikutan kenaikan kes demam denggi yang meningkat di kawasan Putra Point Nilai, Taman Bukit Sendayan, Taman Sendayan Indah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Impiana Residencee Nilai dan Bandar Seremban Selatan Fasa [...]

KPI terima 75 pelajar baharu sesi akademik 2019

NILAI, 6 Jan 2019 -  Kolej PERMATA Insan (KPI) terima seramai 75 pelajar baharu berusia 12 dan 13 tahun untuk Asas 1 dan 16 Tahun untuk Tahap 1. Mereka terdiri dari 30 pelajar lelaki dan 45 pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini dipilih setelah melalui ujian penilaian dan kelayakan UKM-1 dan UKM-2 seterusnya menduduki ujian USIM-1 dan [...]

Pusat Kebudayaan USIM jalin kerjasama dengan PERKAMUS

NILAI, 18 Jan 2019 – Dalam usaha meningkatkan skil kakitangan khususnya menerusi bidang pengurusan seni budaya, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memilih Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) untuk jalinan kerjasama menerusi program Organization Enhancement Programme (O-Pro): Kembara Ilmu Pusat Kebudayaan USIM (Johor–Singapura) 2019. Program O-Pro dirancang setelah mengambil saranan Pengurusan [...]

USIM Jadi Pusat Rujukan Serantau Lawn Bowls

Nilai, 17 Jan 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menjadi pusat rujukan serantau untuk sukan Lawn Bowls dan mendapat pengiktirafan Pusat Sukan Tumpuan (PST) Lawn Bowls oleh Unit Sukan, Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2015 sehingga kini. Pengiktirafan ini diberikan susulan dengan kejayaan USIM dalam sukan lawn bowls melalui [...]

Pendaftar USIM terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan

NILAI, 15 Januari 2019 – Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan ke-71 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semalam. Setelah hampir sedekad berkhidmat sebagai Pendaftar USIM, penganugerahan ini sangat relevan dengan sikap [...]

Langkah Strategik Kepemimpinan Baharu di USIM

NILAI, 11 Januari 2019 -  Berkuat kuasa 1 Januari 2019 lalu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) majoritinya dibarisi oleh pimpinan baharu yang menjalankan peranan sebagai Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan di Fakulti, Pengarah dan Timbalan Pengarah serta Ketua Jabatan berdasarkan lantikan oleh Pengurusan Universiti. Sehubungan itu, satu program dinamakan “Ayuh Bertekad Cemerlang” dianjurkan oleh Bahagian Sumber [...]

USIM sambut baik cadangan Kementerian Kesihatan jadikan IPT kawasan larangan merokok

NILAI, 9 Januari 2019  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam untuk memperluaskan kawasan larangan merokok ke semua institusi pengajian tinggi (IPT). Langkah Kementerian ini tidak menjadi halangan dan kekangan untuk dilaksanakan oleh USIM kerana universiti ini telah menguatkuasakan kampus larangan merokok dan vaping sejak 1 Januari [...]

USIM, Kedutaan Amerika anjur Bengkel Penulisan Naratif

Nilai, 8 Januari 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama dari Kedutaan Amerika mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel penulisan naratif sebagai alternatif yang baharu dalam menjadikan maklumat penting menarik dibaca dan relevan. Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Janet Steele dari George Washington University ini berjaya menarik minat lebih 30 peserta dari [...]

Go to Top