USIM sambut Ulang Tahun yang ke-21

NILAI, 18 Jun 2021- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperingati dan meraikan  21 tahun usia penubuhannnya pada hari ini. Tarikh 18 Jun setiap tahun dipilih sebagai tarikh rasmi menyambut ulang tahun penubuhannya mengambil tarikh kemasukan 255  kumpulan pelajar pertama di universiti ini pada 18 Jun 2000. Sejak dari tarikh tersebut, USIM terus mengorak langkah dalam [...]

Karakter Kepimpinan Elemen Penting Bagi Setiap Orang – Dialog Kepimpinan Alumni USIM

NILAI, 18 Jun 2021- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan ke 21 ulang tahun dengan penganjuran program dijalankan secara dalam talian dikala negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik menganjurkan program Dialog Kepimpinan bersama Alumni yang bersiaran secara dalam talian [...]

“Emuldurio” – Dari Bahan Buangan Kepada Sumber Keuntungan

NILAI - Emulsi merupakan merupakan mediator yang mampu mengikat lemak dan air yang mempunyai komponen lipofilik dan hidrofilik supaya kekal stabil dan tidak terpisah. Baru-baru ini Dr Siti Radhiah Omar Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama pasukan penyelidik USIM telah menghasilkan produk yang diberi nama ‘EMULdurio’. EMULdurio adalah gam dan [...]

Bimbing OKU dalam konteks Islam, USIM anjur Kempen Sejuta Istighfar

NILAI, 13 Jun 2021 - Pandemik Covid-19 telah mengubah norma Pendidikan Khas negara khususnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi menyokong usaha kerajaan membendung pandemik melalui pendekatan integrasi Naqli dan Aqli, Sekretariat Sahabat FAQEH Universiti Sains Islam Malaysia (SaF USIM) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) [...]

Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS) USIM mendapat pengiktirafan penuh LKPU

NILAI, 6 Jun 2021 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS). Pengiktirafan penuh ini membolehkan graduan SMUS dikecualikan daripada menduduki dan lulus Certificate of Legal Practice (CLP) [...]

“Palestine in our Hearts” – Solidarity in Tough Times

NILAI, 3rd June 2021 - It is known worldwide that uncivilized attack of Zionist Israel towards Palestine happened in the end of Ramadan. Ironically, barely into 12 hours of agreed ceasefire, the Zionist shows their true colour again by attacking Palestinian people heartlessly in the Aqsa and West Bank. Just imagine the sorrow and difficulties [...]

Solidariti USIM untuk Palestin

NILAI, 30 Mei 2021 -Sokongan dan perhatian masyarakat dunia pada bumi Palestin tidak pernah surut kerana kekejaman rejim Zionis pada penduduk di sana tidak pernah berhenti. Peperangan dan penganiayaan yang berlaku terhadap rakyat Islam Palestin sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng.  Menyedari hakikat itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak terkecuali bersolidariti bersama masyarakat global [...]

Pesawat Tentera Udara China: Latihan Atau ‘Pencerobohan’?

Pengenalan 1 Jun 2021 bukan sahaja tarikh yang diingati kerana tarikh bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan Penuh (PKP), tetapi juga hangat dengan isu ‘pencerobohan’ ruang udara negara oleh pesawat tentera udara China. Ini menimbulkan beberapa persoalan yang hangat terutama dikalangan masyarakat di Malaysia samada ini adalah suatu bentuk pelanggaran [...]

By |2021-06-03T15:04:24+08:00Jun 3rd, 2021|In our words|

Membuka Aib Di Media Sosial: Masihkah Punya Rasa Malu?

Media sosial adalah antara platform komunikasi yang popular dan bukanlah satu perkara yang asing pada masa kini. Hampir setiap hari manusia menghabiskan masa melayari media sosial untuk membuat perkongsian peribadi, perniagaan mahupun urusan kerja. Umumnya, pendedahan diri dalam media sosial adalah apa jua mesej, atau maklumat mengenai diri seseorang yang [...]

By |2021-05-31T17:52:12+08:00Mei 31st, 2021|In our words|

Wajah Keganasan Israel

Kekejaman! Penganiayaan! Serangan Ganas! Penderitaan! Inilah antara kata-kata yang menggambarkan situasi dialami oleh rakyat Palestin. Dunia telah dikejutkan dengan siri serangan ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin baru-baru ini ketika umat Islam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri. Ratusan rakyat Palestin syahid dalam kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini. Tambah [...]

By |2021-06-03T11:52:19+08:00Mei 31st, 2021|In our words|
Go to Top