Ogos 2009
49 PEGAWAI KADET PALAPES USIM DISERAH KEPADA UKM
Nilai, 21 Oktober 2009 – Seramai 49 Pegawai kadet PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 25 lelaki dan 24 wanita diserahkan kepada PALAPES UKM dalam satu majlis rasmi yang diadakan di kampus USIM di sini hari ini. Upacara penyerahan dilakukan dengan menandatangani PLAKA penyerahan Pegawai Kadet PALAPES USIM kepada PALAPES UKM oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin dan Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dengan di saksikan oleh Y.Bhg. Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin, Timbalan Panglima Tentera Darat. Dalam ucapannya, Y.Bhg. Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin menyeru kepada semua Pegawai Kadet PALAPES agar penyertaan di dalam PALAPES ini tidak terhenti setakat di Universiti sahaja. “Seharusnya para pelajar sekalian mengambil peluang untuk terus menabur bakti demi maruah negara dengan menyertai pasukan Askar Wataniah Malaysia setelah tamat pengajian di Universiti”, tambah beliau lagi. Pegawai Kadet PALAPES USIM telah ditumpangkan ke PALAPES UKM bermula Semester I Sesi 2009/2010. Program kerjasama ini telah dipersetujui oleh Komandan PALAPES UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Penubuhan PALAPES USIM telah mendapat restu dari Panglima Tentera Darat untuk ditumpangkan kepada PALAPES UKM. Latihan kepada Pegawai Kadet diadakan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar PALAPES USIM akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di UKM sama seperti pelajar PALAPES UKM yang lain. Pemilihan UKM untuk melatih Pegawai Kadet PALAPES USIM adalah bertepatan dengan misi, visi dan objektif UKM yang merupakan IPTA yang [...]
PERSADA USIM PEMANGKIN KEJAYAAN ANAK FELDA
Nilai, 18 Oktober 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengorak langkah dengan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Mahasiswa FELDA di Institusi Pengajian Tinggi 2009. Program ini adalah anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) yang merupakan Badan Pelajar yang baru ditubuhkan di USIM. Hampir 500 mahasiswa dari 12 IPTA seluruh Malaysia menyertai Seminar ini. Antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM). Menurut Y.B Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, program ini merupakan kali pertama dianjurkan yang bertujuan untuk mengumpulkan anak-anak FELDA di seluruh IPTA lain bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Program berbentuk ilmiah ini juga bertujuan melahirkan anak-anak FELDA yang bijak serta bermotivasi tinggi. FELDA juga telah merancang pelbagai aktiviti seperti Latihan Kemahiran Generasi Baru sejak tahun 2005 bermatlamat melatih generasi baru FELDA dalam pelbagai bidang kemahiran dan vokasional di peringkat Sijil dan Diploma bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. “Seramai 22,038 pelatih telah dan sedang dilatih di bawah skim ini yang mana kursus-kursus yang ditawarkan adalah kursus yang berprofail tinggi serta mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerja seperti bidang kejuruteraan kapalterbang, perhotelan, pelancongan dan Trainee Junior Technician dengan kerjasama Malaysian Airlines System (MAS), Cadet Pilot dan Air Asia”, tambah Y.B Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan semasa merasmikan Seminar Kecemerlangan Mahasiswa FELDA di Institusi Pengajian Tinggi di kampus USIM hari ini. Bagi Siti Khadijah Idris, 20, yang merupakan pelajar USIM dari Felda Kemasul, Triang Pahang, inisiatif USIM menganjurkan program sebegini supaya pewaris [...]
PERTANDINGAN DEBAT KEMERDEKAAN ALA PARLIMEN
Angkasapuri, Kuala Lumpur, 18 Ogos 2009 – Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul juara dalam pertandingan akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen antara Universiti-universiti Malaysia 2009 mengalahkan Universiti Multimedia (MMU). Pertandingan akhir ini mempertemukan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia (MMU) yang mendebatkan tajuk “Perpaduan Negara Tanggungjawab Rakyat”. Johan telah membawa pulang wang tunai RM 7000, piala pusingan dan sijil penyertaan manakala Naib Johan pula membawa hadiah wang tunai RM 5000 dan sijil penyertaan. Pendebat terbaik telah disandang oleh Saudara Mier Iman bin Mohd Yusof dari Universiti Multimedia yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 500 dan sijil penyertaan. MMU selaku pihak pencadang (Kerajaan) menegaskan bahawa perpaduan negara merupakan tanggungjawab rakyat. Mereka telah membentangkan hujah-hujah di mana peranan rakyat dalam perpaduan negara disimpulkan dalam tiga perkara iaitu merapatkan jurang antara kaum, menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan dan menggalakkan interaksi antara rakyat. Selaku pihak pembangkang, UTP membuat kesimpulan bahawa “Perpaduan Negara adalah tanggungjawab Kerajaan” di mana tanpa pengwujudan dasar kerajaan tidak mungkin rakyat dapat bekerjasama untuk untuk mewujudkan perpaduan negara. Sebanyak 30 buah pasukan yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pertandingan debat ini dikatakan antara yang paling berprestij di Malaysia kerana berjaya menghimpunkan penyertaan IPT terunggul negara seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Petronas [...]
KARNIVAL MAHASISWA (KARSIS ’09) PEMACU MINDA PRAGMATIS
Nilai,11 Oktober 2009 - Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) dibawah Sekretariat Naib Yang Dipertua (NYDP) telah menganjurkan Karnival Mahasiswa 2009 yang bertemakan “Mahasiswa Pemacu Minda Pragmatis” bersempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan USIM di Bandar Baru Nilai. Karnival ini berlansung selama 10 hari bermula 2 hingga 11 Oktober 2009. Acara pembukaan Karsis 2009 ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM di pentas utama Pusat Kemudahan Pelajar USIM. “Kita mengharapkan dengan kedatangan USIM ke Nilai akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat seperti penganjuran Bakti Siswa dikalangan mahasiswa-mahasiswi USIM”, tambah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ketika memberi ucapan perasmian penutup di Masjid Qariah Kampung Batang Benar, Negeri Sembilan. Penganjuran Karsis 2009 ini merupakan idea baharu MPP dalam memberi ruang kepada warga kampus mengenali dan memahami peranan mahasiswa di menara gading ini. Tambahan, penganjuran ini juga bertujuan menyatakan kebersamaan MPP dan badan-badan persatuan mahasiswa merealisasikan aspirasi 10 tahun penubuhan universiti Islam ini. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan warga kampus adalah Konsert Simfoni Cinta Terindah bersama kumpulan Rabbani, Sidang Pleno Pemimpin Mahasiswa, Dialog 1Malaysia, National Talk yang membincangkan mengenai peranan mahasiswa dalam pembangunan ekonomi Negara dan lain-lain. Yang Dipertua MPP USIM, saudara Muhammad Alif Ismail berkata, penganjuran Karsis 2009 julung-julung kali ini merupakan pentas baharu kepada mahasiswa USIM untuk melukis citra baharu terutamanya pembinaan kesarjanaan dalam institusi kemahasiswaan Islam di menara gading serta menyatakan kebersamaan dalam memastikan inspirasi USIM tercapai. “Bersempena 10 [...]
“PERMATA BONDA” MENANG DI FESTIVAL FILEM MALAYSIA
Kota Kinabalu, 5 Ogos 2009 - Filem pendek "Permata Bonda" yang telah dihasilkan oleh pelajar komunikasi USIM jurusan penyiaran, telah memenangi kategori Filem Pendek Terbaik (Anugerah Perdana) di Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Centre Atrium 1 Borneo. USIM menerima hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM 15,000 yang telah diterima Prof. Dr. Naim Hj. Ahmad, pensyarah USIM selaku juri di FFM22 pada malam itu. Filem pendek berdurasi kira-kira 15 minit ini melibatkan tenaga kerja profesional termasuk pelakon terkenal industri perfileman tanah air seperti Wan Maimunah dan Wan Nor Azlin. Pembikinan filem pendek ini turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Dr. Mahadi J. Murad, Pengarah filem terkenal. Produksi filem pendek ini merupakan lanjutan daripada Bengkel Pengarahan dan Produksi Filem yang dianjurkan Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM sekitar bulan November 2008. Bengkel yang dianjurkan khusus untuk pelajar tahun 4 (Jurusan Penyiaran) ketika itu mencetus idea cerita “Permata Bonda”. Penghasilan filem berteraskan Islam serta penuh dengan nilai-nilai murni merupakan satu langkah yang diambil oleh Program Komunikasi bagi membawa nama USIM di arena perfileman tempatan dan antarabangsa. Selain dinobatkan Filem Pendek Terbaik FFM ke-22, “Permata Bonda” turut memenangi ‘Audience Choice Award’ dalam pertandingan ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARD 08/09 yang berlangsung pada 27 Februari 2009 yang lalu. Oleh : pro@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8028
FESTIVAL CIPTA LAGU PATRIOTIK 2009
Putrajaya, 8 Ogos 2009 – Lagu ‘Semangat Anak Bangsa’ nyanyian Roy telah terpilih menjadi juara untuk Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA ’09) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya. Johan telah membawa pulang wang tunai RM 1000 dan hadiah iringan. Manakala lagu ‘Satu Malaysia’ menduduki tempat kedua diikuti lagu ‘Cinta Malaysia’ yang mana masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM 750 dan RM 500 besrta hadiah iringan. Manakala sebanyak tiga buah lagu telah terpilih untuk lirik terbaik iaitu untuk lagu ‘Satu Malaysia’, ‘Cinta Malaysia’ dan ‘Semangat Anak Bangsa’ yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM 500. Sebanyak 8 buah lagu telah dipilih untuk ke final dan diiringi oleh sebuah orkestra yang terdiri dari 80 orang pemuzik serta dipersembahkan oleh barisan artis tanahair seperti Sahri AF, Nas Adila, Noraniza Idris dan Roy. Selain itu festival ini turut diwarnai dengan Pertandingan Melukis Tokoh Patriotik Malaysia. Program yang merupakan kali kedua diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah dikalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka kepada persekitaran masyarakat khususnya pelajar sekolah. Disamping itu memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan masyarakat ( banduan ) yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM. Oleh : pro@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8028
PROGRAM PENGAJIAN USIM TERIMA PENGIKTIRAFAN JPA
Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang merupakan misi kerajaan dalam mentransformasikan pengajian tinggi supaya berada di landasan yang kukuh serta menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, USIM turut tidak mahu ketinggalan dan menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi ilmu di Malaysia. USIM sentiasa menitikberatkan dan memastikan program pengajian yang ditawarkan adalah program yang berdaya maju dan berciri “high exchange” iaitu berbidang luas dengan penerapan teras Pendidikan Islam dan kontemporari. Selain daripada itu, kandungan dan elemen Kemahiran Insaniah (KI) turut dimantapkan dalam setiap program yang ditawarkan serta berusaha melahirkan tenaga kerja yang kukuh dengan penghayatan Islam, mampu memimpin masyarakat majmuk, berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin dan menerajui pembangunan negara. Sehingga Mei 2009, sejumlah 12 program pengajian USIM telahpun memperoleh pengiktirafan daripada JPA sebagaimana berikut: i. Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian ii. Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian iii. Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman dengan Kepujian iv. Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian v. Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian vi. Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian vii. Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan) viii. Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian ix. Sarjana Muda Pengajian Quran dan Multimedia dengan Kepujian x. Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian xi. Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)* xii. Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie * termasuk Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) dan Diploma Pendidikan (Bahasa Arab) Manakala lima (5) program lagi sedang dalam proses penilaian oleh pihak JPA sebagaimana berikut: i. Sarjana [...]
SESI TAARUF PELAJAR SISWAZAH 2009/2010
Nilai, 11hb. Ogos, 2009 – Hampir 100 orang pelajar baru dan pelajar sedia ada telah menyertai sesi Taaruf pada kali ini. Turut hadir Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Timbalan-Timbalan Dekan Fakulti, Ketua Program-Program Siswazah, Kakitangan Akademik dan juga Kakitangan Pentadbiran yang sama-sama menjayakan program ini. Sesi Taaruf pelajar Siswazah merupakan satu sesi yang wajib pada setiap tahun bagi memaklumkan kepada pelajar mengenai peraturan pengajian yang digunapakai, merapatkan jalinan hubungan antara pelajar siswazah dengan penyelia di samping memudahkan urusan pemantauan perkembangan pelajar. Selain daripada itu, sesi ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk sama-sama berkomunikasi dengan pihak pentadbir dan juga pihak Pengurusan Universiti. Program yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM. Pusat Pengajian Siswazah juga telah menjemput penceramah-penceramah daripada dalam dan luar USIM untuk memberikan input yang berguna kepada pelajar-pelajar baru ini. Salah seorang penceramah luar yang dijemput ke majlis ini adalah, Tuan Syed Ahmad bin Syed Jamaluddin, Pegawai Imigresen Negeri Sembilan yang memberikan penerangan dan taklimat mengenai peraturan imigresen untuk pelajar Antarabangsa yang terpakai di Jabatan Imigresen Malaysia. Pelajar juga diberikan taklimat mengenai pangkalan data yang digunapakai di perpustakaan USIM bagi memudahkan proses carian journal, bahan dan juga buku yang diperlukan untuk penyediaan penyelidikan pelajar dan juga pengajian pelajar Ijazah Lanjutan di USIM. Oleh : pro@usim.edu.my Tel : 06-7988025/8026/8027
640 TERIMA IJAZAH DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 USIM
Tahniah diucapkan kepada Para Graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan skrol pada 1 Ogos 2009 ini. Pada tahun ini USIM telah menghasilkan seramai 640 graduan yang terdiri daripada pelbagai lapangan bidang ilmu iaitu Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD). Majlis Konvokesyen ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengurniaan ijazah telah disempurnakan olleh Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Tuanku Canselor. Pada tahun ini, seramai 21 orang graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum telah menerima Anugerah Khas pada majlis konvokesyen tersebut. Anugerah ini ditentukan berdasarkan pencapaian mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Antara Anugerah Khas yang diberikan adalah Anugerah Pelajaran DiRaja, Anugerah Canselor, Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Hadiah Buku Universiti, Hadiah Buku Fakulti dan Hadiah Ko-Kurikulum. Majlis Konvokesyen USIM ke-7 pada kali ini menyaksikan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) mengeluarkan seramai 24 orang graduan kumpulan sulungnya. Para graduan ini terdiri daripada 2 orang lelaki dan 22 orang perempuan yang merupakan kumpulan perintis bagi program Bahasa Arab dan Komunikasi Dengan Kepujian. Selain itu FPBU juga turut menganugerahkan skrol kepada 20 graduan sulung Diploma Lanjutan iaitu Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) yang berjaya menamatkan pengajian mereka. Selain FPBU, 3 buah fakulti lain turut melahirkan graduan sulung untuk program pengajian masing-masing. Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) bakal mengeluarkan seramai 67 graduan untuk program pengajian Fiqh dan Fatwa dengan kepujian. Manakala Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) bakal melahirkan graduan sulung untuk dua program iaitu [...]
PERJUMPAAN PEMANGKU PENDAFTAR DENGAN PAP
Nilai, 28 Julai 2009 – Atas sikap prihatin dan tanggungjawab kepada kakitangan di pelbagai peringkat, Pemangku Pendaftar USIM, En. Muhammad Haizuan Rozali telah mengadakan perjumpaan dengan semua Pembantu Am Pejabat (PAP) USIM. Antara tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dan memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pendapat, idea dan pandangan yang mampu menaikkan imej universiti. En. Muhammad Haizuan berharap agar mereka semua tidak merasa terpinggir dan berusaha untuk meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing. Beliau juga menyarankan supaya semua Pembantu Am Pejabat diberi peluang mengikuti kursus komputer agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi masakini. Beliau menyeru agar semua Pembantu Am Pejabat lebih berdisiplin dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh : pro@usim.edu.my Tel : 06-79088025/8026/8028









