Mei 2026
Kampus Sebagai Hab Pelaburan Inovasi: USIM Terajui Dialog Strategik Menjelang URIIS 2026
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menyerlahkan peranan strategiknya sebagai universiti pemangkin inovasi, penyelidikan berimpak tinggi dan pelaburan ilmu melalui penganjuran Sesi Dialog Pra-Acara Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan & Inovasi Universiti (URIIS) 2026 Siri 4 yang berlangsung di Dewan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) semalam 12 Mei 2026. Penganjuran dialog strategik ini merupakan sebahagian daripada persediaan menuju sidang kemuncak utama URIIS 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 September 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur dan dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Dengan tema “Invest in Malaysia’s Innovation” dan fokus “Investing in Campus”, inisiatif ini memberi penekanan kepada peranan universiti sebagai hab pembangunan teknologi, penyelesaian industri dan pembentukan bakat masa hadapan yang responsif terhadap keperluan pasaran. Program ini menghimpunkan wakil universiti, pemain industri, pelabur serta agensi kerajaan dalam satu platform perbincangan berimpak tinggi bagi memperkukuh kerjasama strategik antara universiti, industri dan kerajaan. Penyertaan seramai 120 peserta daripada pelbagai sektor membuktikan keperluan mendesak untuk membina ekosistem inovasi yang lebih tersusun, inklusif dan berorientasikan nilai pelaburan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa inovasi tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya perlu dipacu melalui sinergi idea, bakat, kepakaran dan pelaburan strategik. Menurut beliau, universiti pada hari ini bukan lagi sekadar institusi pendidikan tinggi, tetapi perlu berperanan sebagai penyedia penyelesaian, rakan inovasi dan pemangkin ekonomi negara. Penyelidikan universiti perlu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar, dikomersialkan dan diberi nilai pelaburan agar manfaatnya dapat dirasai oleh industri, masyarakat dan negara. Sementara itu, Timbalan Naib [...]
Diplomasi Ilmu dan Kemanusiaan: Lawatan Kedutaan Palestin Buka Ruang Kerjasama Strategik Bersama USIM
NILAI, 12 Mei 2026 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperlihatkan komitmen sebagai universiti Islam bertaraf global yang mendukung nilai kemanusiaan, keadilan dan keterangkuman melalui lawatan rasmi Kedutaan Negara Palestin ke universiti ini. Lawatan pada 12 Mei 2026 baru-baru ini yang diketuai oleh TYT Amjad Kamayseh, Duta Besar Negara Palestin ke Malaysia tersebut menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan akrab antara Malaysia dan Palestin, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan modal insan, kerjasama akademik serta solidariti kemanusiaan. Ia turut mencerminkan peranan USIM sebagai institusi ilmu yang berpaksikan nilai integrasi ilmu Naqli dan Aqli serta bertanggungjawab terhadap isu kemanusiaan sejagat. Dalam ucapan alu-aluannya, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, merakamkan penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran TYT Amjad Kamayseh serta delegasi Kedutaan Negara Palestin ke USIM. Beliau menyifatkan lawatan tersebut sebagai satu penghormatan kepada universiti, di samping menegaskan bahawa USIM amat menghargai hubungan erat antara Malaysia dan Palestin yang terbina atas asas saling menghormati, solidariti dan nilai kemanusiaan bersama. Menurut beliau, sebagai sebuah universiti Islam, USIM sentiasa komited untuk mempromosikan nilai ihsan, keamanan, keadilan dan maruah insan. Nilai-nilai ini amat dekat dengan perjuangan rakyat Palestin yang terus memperlihatkan ketabahan, kekuatan dan daya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran. Beliau turut menzahirkan solidariti berterusan warga USIM bersama rakyat Palestin, selari dengan pendirian rakyat Malaysia yang terus menyokong perjuangan Palestin atas dasar kemanusiaan, keadilan dan hak untuk hidup aman serta bermaruah. USIM juga melihat pendidikan sebagai antara instrumen paling berkesan untuk membina harapan, memperkasa masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan negara. Justeru, [...]
USIM Perkukuh Peranan Strategik dalam Agenda Pembangunan Bakat Agrikomoditi Negara
BANGI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh peranannya dalam menyokong agenda pembangunan bakat negara melalui penyertaan dalam Majlis Peluncuran Program Skuad Agrikomoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Dewan Sawit, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi, Selangor pada 7 Mei baru-baru ini. Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I itu merupakan satu inisiatif strategik kerajaan dalam meningkatkan penglibatan mahasiswa, universiti awam dan generasi muda terhadap sektor agrikomoditi negara. Turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi. Penyertaan USIM dalam program ini mencerminkan komitmen universiti untuk menyokong dasar dan inisiatif kerajaan yang menghubungkan institusi pengajian tinggi dengan sektor strategik negara. Program ini turut membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami ekosistem agrikomoditi secara lebih menyeluruh, termasuk aspek industri, inovasi, kelestarian, keusahawanan dan peluang kerjaya. Turut diadakan sesi pertukaran dokumen kerjasama Letter of Intent (LoI) antara KPK dengan universiti awam sebagai simbolik kerjasama strategik dalam memperkukuh hubungan antara kementerian, agensi dan institusi pendidikan tinggi. Kerjasama ini dilihat berpotensi menjadi platform penting dalam membina laluan pembangunan bakat yang lebih tersusun, khususnya bagi mendedahkan mahasiswa kepada peranan sektor agrikomoditi sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara. Menurut Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, melalui penglibatan ini, USIM berupaya memainkan peranan lebih aktif dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah mempunyai kefahaman terhadap keperluan industri, dasar nasional dan cabaran pembangunan negara. “Program Skuad Agrikomoditi turut selari dengan aspirasi pembangunan mahasiswa holistik [...]
Daripada Sunnah ke Sains: USIM Teroka Potensi Madu Kelulut Sebagai Ubat Kumur Klinikal
NILAI – Madu kelulut tempatan yang selama ini dikenali sebagai makanan sunnah dan produk kesihatan semula jadi kini diteroka sebagai inovasi ubat kumur klinikal berasaskan bahan semula jadi oleh penyelidik Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Produk ini dibangunkan menggunakan madu kelulut asli yang dicampur dengan air bagi menghasilkan kepekatan madu sebanyak 20 peratus, iaitu kepekatan yang dikenal pasti melalui kajian terdahulu berpotensi membunuh kuman. Ketua penyelidik, Dr. Nur Ayman Abdul Hayei berkata, madu mempunyai ciri anti-inflammatori dan antibakteria yang menjadikannya sesuai diteroka sebagai bahan asas ubat kumur untuk membantu penjagaan kesihatan gusi. “Ubat kumur ini mengandungi madu kelulut asli yang dicampur dengan air pada kepekatan 20 peratus. Madu mempunyai kesan anti-inflammatori dan antibakteria, menjadikannya sesuai sebagai ubat kumur yang menjaga kesihatan gusi,” katanya. Menurut beliau, idea menghasilkan produk itu tercetus daripada pemerhatian terhadap kekurangan ubat kumur sedia ada di pasaran yang sebahagiannya mempunyai kesan sampingan kurang baik selain diperbuat daripada bahan kimia. Dr Ayman berkata lagi, pemilihan madu sebagai bahan inovasi turut selari dengan al-Quran melalui Surah al-Nahl ayat 68 hingga 69 yang menyebut tentang madu sebagai penawar kepada manusia. "Sebagai pakar periodontik, saya melihat kekurangan dari segi ubat kumur sedia ada kerana mempunyai kesan sampingan yang kurang baik. Dari situ saya mendapat idea untuk menggunakan madu sebagai bahan asas ubat kumur,” tambahnya. Selain itu, produk ini berpotensi membantu mengawal pembentukan plak gigi kerana plak terbentuk daripada pengumpulan bakteria. Bagaimanapun, beliau menjelaskan kajian lanjut masih diperlukan bagi membuktikan kesan antiplak produk berkenaan secara [...]
USIM Terima Pengiktirafan Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh hubungan strategik bersama agensi keselamatan negara menerusi penganjuran Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berlangsung di Bangunan Canselori pada 7 Mei 2026 baru-baru ini. Majlis berkenaan mencerminkan penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan terhadap sokongan serta kerjasama erat yang diberikan oleh USIM dalam menjayakan penganugerahan pangkat kehormat jabatan tersebut. Majlis turut dihadiri oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, yang menerima Hormat Panglima serta menyempurnakan penganugerahan pangkat kehormat berkenaan. Penganjuran majlis ini bukan sekadar acara istiadat, sebaliknya menjadi simbol hubungan akrab antara universiti dan agensi beruniform dalam memperkukuh nilai kepimpinan, disiplin, kesukarelawanan dan kesiapsiagaan komuniti kampus. Kerjasama antara USIM dan JBPM juga dilihat selari dengan aspirasi universiti dalam membentuk warga kampus yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik dan profesional, malah memiliki kesedaran tinggi terhadap aspek keselamatan, tanggungjawab sosial serta khidmat kepada negara.
USIM–TP-Link perkasa pembangunan bakat dalam bidang rangkaian perusahaan digital
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh agenda Integrasi Ilmu dan kecemerlangan akademik berteraskan industri menerusi kerjasama strategik bersama TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. bagi membangunkan bakat dalam bidang rangkaian perusahaan dan infrastruktur digital. Kerjasama tersebut dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd., sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan industri bagi menyokong agenda transformasi digital negara. Majlis berlangsung di Lounge Canselori pada 8 Mei 2026 baru-baru ini. Kerjasama strategik bagi tempoh tiga tahun yang dimeterai melalui MoU itu memberi tumpuan kepada pengintegrasian keupayaan rangkaian perusahaan dalam ekosistem akademik USIM melalui latihan praktikal, pensijilan profesional, pemerkasaan makmal, penyelidikan bersama serta pembangunan bakat pelajar. Menerusi kerjasama ini, TP-Link Malaysia akan menempatkan penyelesaian rangkaian perusahaan Omada di makmal kampus USIM bagi membolehkan pelajar mendapat pendedahan langsung kepada infrastruktur bertaraf industri yang mencerminkan sistem perusahaan sebenar. Inisiatif ini memperlihatkan pendekatan pembelajaran yang melangkaui teori semata-mata apabila pelajar berpeluang mengikuti latihan teknikal secara langsung, bengkel berstruktur serta laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA). Pendekatan ini penting bagi memastikan graduan USIM bukan sahaja memiliki pengetahuan akademik, malah turut mempunyai kompetensi industri yang sah, relevan dan diiktiraf. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM, Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa, berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen USIM dalam memperkukuh hubungan universiti-industri bagi memastikan mahasiswa dilengkapi dengan kemahiran masa hadapan yang selari dengan keperluan ekonomi digital. Menurut beliau, kolaborasi ini turut menyokong aspirasi USIM dalam melahirkan Muslim Profesional yang bukan [...]
Gerak Bakti MADANI Perkasa Aspirasi Muslim Profesional USIM Santuni Komuniti Orang Asli
BATANG KALI – Seramai kira-kira 600 penduduk Kampung Orang Asli Hulu Tamu disantuni menerusi Program Gerak Bakti MADANI: Mahasiswa Menyumbang, Masyarakat Berkembang anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sebagai usaha memperkukuh agenda Integrasi Ilmu melalui pendekatan dakwah, kebajikan dan khidmat masyarakat secara langsung di lapangan. Program yang dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menjadi manifestasi komitmen USIM dalam menterjemahkan ilmu, dakwah dan khidmat masyarakat kepada impak sosial yang lebih menyeluruh, khususnya melalui penglibatan mahasiswa secara langsung di lapangan. Dalam ucapannya, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan merakamkan penghargaan kepada USIM, khususnya Program Da’wah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, atas inisiatif murni menganjurkan program berkenaan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat. Menurut beliau, inisiatif tersebut selari dengan hasrat Malaysia MADANI yang menekankan nilai kebersamaan, keprihatinan dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh, termasuk memastikan komuniti Orang Asli tidak terpinggir daripada arus pembangunan ummah dan negara. Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj Mohamad Isa berkata, penganjuran program ini bukan sekadar aktiviti turun padang, sebaliknya mencerminkan pendekatan pendidikan berimpak tinggi yang menghubungkan teori akademik, nilai insani dan realiti kehidupan masyarakat. Melalui pendekatan Integrasi Ilmu, mahasiswa diberi ruang untuk menghayati ilmu secara praktikal serta membina keupayaan sebagai agen kesejahteraan sosial. "Kesemua inisiatif tersebut dirangka berdasarkan keperluan komuniti setempat dengan memberi penekanan kepada aspek kebajikan, pendidikan, pembangunan rohani, hubungan sosial dan pemerkasaan komuniti. Sumbangan kepada musolla Kampung Orang Asli Hulu [...]
Garis Panduan Sokongan Pekerjaan Pertama Bagi Kumpulan Neurodivergen, Hasil Integrasi Ilmu dan Inovasi Sosial USIM-PERKESO
KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mencipta satu lagi pencapaian bermakna dalam agenda keterangkuman negara melalui pelancaran Garis Panduan Sokongan Pekerjaan yang pertama bagi Kumpulan Neurodivergen, hasil gabungan integrasi ilmu, penyelidikan dan inovasi sosial antara kedua-dua institusi. Majlis pelancaran yang berlangsung di InterContinental Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, dengan kehadiran Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Hj. Mohamad Isa, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM. Pembangunan garis panduan ini digerakkan melalui kerjasama strategik PERKESO dan USIM menerusi kepakaran penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) bagi memperkukuh sokongan pekerjaan yang lebih inklusif dan mesra neurodivergen di Malaysia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan individu neurodivergen bukan sahaja mendapat peluang pekerjaan yang lebih adil, malah turut disokong melalui persekitaran kerja yang memahami kepelbagaian keupayaan, gaya komunikasi dan keperluan sokongan mereka. Majlis turut dimulakan dengan sesi forum bertajuk “Driving an Inclusive Employment Ecosystem for Neurodivergent Talent” yang menampilkan Prof. Madya Dr. Nurul Asiah Fasehah Mohamad, ketua penyelidik bagi pembangunan garis panduan tersebut. Forum berkenaan membincangkan keperluan membina ekosistem pekerjaan yang lebih terbuka, responsif dan mampan bagi memperkasa potensi bakat neurodivergen dalam dunia pekerjaan masa kini. Penghasilan garis panduan ini selari dengan falsafah Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang menekankan bahawa ilmu, penyelidikan dan inovasi perlu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar untuk masyarakat. Melalui penyelidikan berasaskan keperluan komuniti, USIM berusaha memastikan golongan berkeperluan khas termasuk komuniti neurodivergen diberi ruang yang lebih bermakna untuk menyumbang dalam [...]
Syarahan Perdana Profesor: Integrasi Ilmu Perkukuh Sistem Kewangan Islam yang Mampan
NILAI – Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Ridhwan Abd Aziz bertajuk ‘Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli dalam Perbankan dan Kewangan Islam: Perspektif Akademik dan Industri’ bertempat Dewan kuliah Utama pada 7 Mei 2026, semalam. Dalam syarahan tersebut, beliau menegaskan bahawa integrasi antara ilmu aqli berasaskan pemikiran dan analisis dan ilmu naqli berasaskan wahyu merupakan elemen penting dalam memperkukuh sistem perbankan dan kewangan Islam. Gabungan kedua-dua ilmu ini dilihat mampu melahirkan sistem kewangan Islam yang lebih holistik, mampan serta berdaya saing dalam mendepani cabaran industri kewangan global. Prof. Dr. Mohd Ridhwan turut menghuraikan kepentingan tadbir urus kewangan Islam yang baik serta pematuhan Syariah yang ketat bagi mengelakkan risiko ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi kewangan Islam. Menurut beliau, aspek ketelusan, keadilan dan integriti perlu sentiasa dipelihara dalam setiap operasi kewangan Islam. Selain itu, beliau turut berkongsi perkembangan semasa berkaitan penerapan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam projek agro yang patuh Syariah serta potensi pembangunan Bank Wakaf Islam sebagai instrumen baharu dalam memperkasa sosioekonomi masyarakat melalui sistem pembiayaan yang lebih lestari. “Pematuhan Syariah merupakan aspek terpenting dalam sistem kewangan Islam bagi memastikan keadilan, ketelusan dan keyakinan masyarakat sentiasa terpelihara,” ujar beliau ketika menyampaikan syarahan. Syarahan tersebut memberi pendedahan menyeluruh mengenai kepentingan integrasi ilmu dalam membentuk sistem kewangan Islam yang lebih progresif dan relevan dengan keperluan semasa. Oleh: Aina Farzana Azrul Anuar
USIM Perkukuh Ekosistem Halal, lahir Muslim Profesional Berdaya Saing
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) menganjurkan Festival Halal dan Pelancongan Islam MADANI selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mei 2026 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, bagi memperkukuh agenda ekonomi Islam, ekosistem halal dan pelancongan Islam negara. Festival ini menjadi platform strategik dalam memperluas kesedaran masyarakat terhadap konsep halal sebagai gaya hidup menyeluruh, selain menyokong usaha melahirkan Muslim profesional yang berupaya menerajui industri halal dan pelancongan Islam di peringkat nasional serta global. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). “Industri halal dan pelancongan Islam mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sebagai pemacu pembangunan negara. Justeru, usaha memartabatkan pelancongan Islam perlu terus diperkukuh agar kekal relevan dengan keperluan semasa dan mampu memberi manfaat lebih luas kepada masyarakat,” katanya. Beliau turut berharap festival ini dapat diperluaskan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan, seiring kedudukan Malaysia sebagai antara peneraju utama industri halal global. Festival sulung di Negeri Sembilan ini menghimpunkan pelbagai pengisian ilmiah, interaktif dan komuniti, termasuk seminar halal, wacana, forum ilmiah, program santai bersama masyarakat serta larian halal sebagai penutup. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, festival ini turut memperkenalkan Pelan Strategik (Blueprint) Halal USIM 2026–2035 yang dibangunkan bersama ahli akademik, pemain industri dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Islamic Tourism Centre (ITC). “Pelan Strategik (Blueprint) Halal USIM 2026 – 2035 dirangka sebagai panduan menyeluruh [...]









